Wak J: KAH..KAH..KAH..
PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memberi layanan istimewa terhadap mana-mana pemimpin yang melakukan penipuan pada pemilihan parti kali ini termasuk calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.
Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyokong sepenuhnya tindakan JPP untuk melakukan siasatan terhadap insiden pemilihan peringkat Cabang di Batang Sadong kerana PKR menentang sebarang elemen kecuaian dan penipuan.
"Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada JPP. Kita tak akan bertolak ansur dengan mana-mana penipuan.

"Kita bukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melindungi penipuan. JPP tidak terikat dengan pimpinan parti. Ia badan bebas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.
Anwar berkata, sebaik saja hasil siasatan mendapati wujudnya kecurangan, kecuaian dan penipuan, tindakan disiplin akan diambil tanpa mengira siapa calon yang menang.
"Sebaik saja kita dapati ada unsur penipuan, arahan untuk siasatan dilakukan, batal atau tangguh pemilihan akan dikeluarkan. Ini pendirian kita tak kira siapa calon yang bertanding," katanya.
Jelas Anwar, JPP yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Johari Abdul dan jawatankuasa aduan, Abdul Malek Hussain telah turun ke kawasan terbabit (Batang Sadong) untuk mendapatkan keterangan mengenai insiden tersebut.
"Mereka telah pergi ke Batang Sadong untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku," katanya.
Pada Ahad, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi undi di cabang tersebut.
Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.
JPP pada Isnin menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.
Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi dilakukan di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa sama berlaku 'blackout'.

Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..