Rabu, 30 April 2014

Anwar Tak Yakin Dengan Hudud PAS

    12:10:00 PG   No comments

anwar-tolak-hudud

Wak J: Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini, Anwar Ibrahim adalah pesalah Hudud pertama yang akan di hukum dengan rejam sampai mati kerana meliwat bekas pembantunya. Selepas itu baru lah tiba giliran Mustaf Ali, Setiausaha Agung PAS dan diikuti pula pemimpin Pakatan lain yang sering melakukan perbuatan maksiat.

Sebab itu lah Anwar hingga sekarang masih berdolak-dalih apabila soalan setuju atau tidak Kelantan melaksankan hukum Hudud diajukan padanya. Kalau boleh Anwar tidak mahu hukum Hudud digubal menjadi undang-undang tertinggi negara. Tak boleh halang cara kasar, Anwar akan guna cara halus. Paling mudah ugut dengan Buku Jingga yang menjadi kitab suci baru Pakatan Pembangkang yang ditandatangani bersama Hadi Awang dan Lim Kit  Siang.

Wak harap PAS pusat tidak masuk campur dengan memberi tekanan kepada PAS Kelantan dalam isu Hudud ini. Selalunya situasi begini akan terjadi bila Anwar Ibrahim dan kawan kafirnya dari DAP menggunakan kuasa 'veto' mereka dalam Pakatan untuk menghalang apa sahaja perkara yang dirasa boleh merosakkan agenda PR untuk menawan Putrajaya.

Anwar: Beri masa PR bincang hudud

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PR akan mengadakan satu perbincangan khas sebelum sesuatu ketetapan berhubung usaha Pas membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dibuat di Parlimen.

Menurutnya, perbincangan merupakan ruang terbaik yang perlu digunakan untuk memperhalusi sebarang masalah atau kekangan khususnya berkenaan hukum hudud.

“Saya tidak fikir sesiapa pun patut menolak atau memperkecil langkah Pas berkaitan hudud. Biarkan mereka terangkan dahulu. Perbezaan pendapat sepatut dirai dan dibincangkan bersama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Anwar berkata, Pas sudah mula menjelaskan langkah melaksanakan hukum hudud kepada PKR dan DAP tetapi perkara itu belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan.

“Ianya akan dibuat dalam masa terdekat dan saya rasa ianya akan berjalan lancar,” katanya.

Selain itu, Anwar turut khuatir kelemahan sistem kehakiman di negara ini khususnya dari sudut perundangan bakal menyukarkan implementasi atau pelaksanaan hudud di mahkamah.

“Hudud boleh dilaksanakan sekiranya sistem kehakiman itu bebas dan adakah hakim yang bakal melaksanakan hukuman itu juga telus?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengkritik alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Amerika, Barack Obama berkenaan ‘gangguan’ yang dihadapi terutama membabitkan hal-hal pentadbiran.

“Ini alasan yang tidak bijak dan sama sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata, alasan yang diberikan Najib itu juga hanyalah untuk menutup kelemahan selain cuba menuding jari menyalahkan pihak lain.

Katanya, pandangan itu turut disampaikan beliau kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice dalam pertemuannya dengan pemimpin PR, semalam.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.