Rabu, 30 April 2014

Mendengar Catuan Air Ditamatkan, Air Yang Ditadah Dibuang Jangan

    8:52:00 PTG   No comments

catu-air-hujan-selangor

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan berkuatkuasa esok.
  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan bahawa bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur bagi tempoh lima ke enam bulan akan datang adalah mencukupi.
  
"Kita tidak boleh beri jaminan catuan air ini tidak berulang.
  
"Tetapi melalui usaha yang sedang dijalankan dengan menggunakan air alternatif seperti sumber air hujan, air kolam dan bekas lombong kita yakin bekalan air cukup untuk keperluan pengguna sekurang-kurangnya untuk tempoh ke lima dan enam bulan akan datang," katanya.
  
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, beliau berkata Kerajaan Selangor hari ini memutus menghentikan pelan tindakan catuan air serentak di semua kawasan terlibat mulai esok.
  
Abdul Khalid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu menunggu air di empangan mencapai takungan 50 peratus untuk menghentikan catuan.
  
Ini kerana usaha keras termasuk mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air mampu meningkatkan lagi paras air empangan, katanya. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.