Sabtu, 19 April 2014

MB Selangor Yang Bodoh, Sombong Dan Menyusahkan

    12:26:00 PG   6 comments

khalid-zalimi-rakyat-selangor

Wak J: Jika Menteri Besar Selangor ini bodoh kerana tidak tahu mengurus air dan mentadbir negeri, wak yakin ramai masih boleh menerima kebodohanya itu. Tapi, kalau dah bodoh kemudian berlagak sombong, memang layak dirinya dimaki rakyat Selangor kerana sikapnya itu.

Tindakan Khalid Ibrahim menolak bantuan yang dihulur kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat Selangor kesan dari catuan bekalan air ini merupakan satu tindakan yang sangat tidak berotak kerana tidak kena masanya.

Khalid Ibrahim merupakan seorang bekas tokoh koprat sebelum menjadi Menteri Besar, hidupnya pula sudah kaya raya. Rumahnya sentiasa dilimpahi air dan tidak pernah dilanda kemarau. Sebab itulah, MB Selangor ini tidak peduli sangat nasib rakyat bawahan yang sedang menanggung derita akibat bekalan air bersih terpaksa dicatu sejak berbulan yang lepas.

Duit adalah segala-galanya bagi Khalid Ibrahim. MB Selangor ini lebih rela melihat rakyatnya menderita tidak mendapat bekalan air bersih yang secukupnya dari melihat duit rizab simpanan tunai kerajaan negeri yang dikumpulnya sejak Pakatan mengambil alih Selangor dari dibelanjakan.

Apa salahnya Khalid Ibrahim terima sahaja bantuan  air dari kerajaan Negeri Sembilan dengan mengeluarkan sedikit belanja untuk kepentingan rakyat yang kini sangat memerlukan bantuan dari kerajaan negeri. Oleh kerana sifat kedekut dan ego Khalid Ibrahim ini jadi punca Azmin Ali begitu beriya-iya mahu dia meletak jawatan.

khalid-ibrahim-tidur

Akibat Kesombongan Khalid Ibrahim, Rakyat Selangor Pula Yang Tanggung Derita

SEREMBAN: "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.
Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. Hahhaaaa bukan MB tapi majority yg sokong itu BODOH...Hahahaas selangor maju..dari segi air percumaaaaaaa hahahhaaaaaa

    BalasPadam
  2. Hahahha..... padan muka rakyat slagor..

    Angkatt la air tu..

    Pemimpin zalim utk rakyat yg zalim....

    BalasPadam
  3. HIPP..HIPP..HOORRYY...HIPP..HIPP HOORYY...

    BalasPadam
  4. Sinisnya menusuk jantung. Sekumpulan student Arab di Bangi, bergelak ketawa guling-guling. Apabila ditanya sebabnya dalam sipu malu mereka bercerita: Hu7jan turun lebat hampir setiap hari. Air mencurah dari bumbung apartmen. melimpah banjir dari longkang ke jalanraya. Di dalam rumah, paip tiada setitis air pun. Digurun kami jarang sekali hujan lebat apatah lagi banjir. Pili kami tak pernah putus air. Benar, kami terpaksa berjimat air. Air yang sedikit kami urus sewajarnya. Moral disebalik fenomena ini ialah: Adakah kita tidak bijak mengurus air. Atau sebanarnya kita boros air. Atau kedua-duanya. Implikasinya, di mana kita menjelang 2020??? (Hj.Halim)

    BalasPadam
  5. Kalau tak bijak mengurus gini ler jadi nya. Sesuka hati bagi air percuma tanpa memikirkan rezab sumber air dan kemampuan memperoses air ditambah dengan penambahan pengguna. Akhirnya Catuan yg dapat. Kalau takat cakap nak guna air lombong la. Teknologi membrane la Tapi lepas cakap peluk tubuh tak buat apa 2. Mcm tu budak pasti pun bole buat.

    BalasPadam
  6. Bila hujan lebat tapi x masuk kaw tadahan & empangan, ini mungkin bala dr Tuhan, Sgor dh teruk, ustaz2 pas cari makan, buat tazkirah dgn selit mengutuk, menghina dan yg paling teruk menfitnah Kat masjid, surau

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.