Sabtu, 28 Jun 2014

Ahli PAS Sanggup Berbunuhan Kerana Syurga Yang Telah Dijanjikan

    10:23:00 PG   4 comments

suicide-bomber-pas.jpg
Wak J: Rata-rata yang menyertai misi 'Jihad' di negara Arab yang sedang bergolak seperti Syria adalah ahli PAS. Para penyokong PAS di Malaysia terasa apabila Tun M mengibaratkan misi jihad kawan-kawan mereka di sana sebagai misi untuk membunuh diri.

Seperti biasalah, berbakul-bakul maki hamun dihambur keluar dari mulut ahli PAS ini apabila sel-sel otak mereka mula berhubung setelah terfikir apa yang dikata oleh bekas Perdana Menteri Malaysia itu ada kebenaranya.

Dr M: Orang Melayu sanggup bunuh kerana syurga

Susulan dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas orang Melayu yang didakwanya sanggup membunuh diri dan umat Islam lain kerana perbezaan politik atau ideologi demi menuju syurga.

Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh politik itu berkata umat Islam belum mendengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berhubung perbuatan seumpama itu.

"Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom di badan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka," katanya.

Beliau juga cuba mencari seruan dalam Al-Quran yang menyeru membunuh diri atau orang Islam lain tetapi beliau tidak menjumpai firman Allah yang menyuruh meningkatkan permusuhan dengan memihak mana-mana pihak.

"Al-Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.

"Sesungguhnya Allah berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara," katanya.

Beliau belum pernah menjumpai seruan supaya bermusuh sesama Islam, syahid dengan membunuh diri atau membunuh orang Islam lain melalui sabda Nabi Muhammad SAW.

"Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa... Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti mereka sebagai pejuang Islam ini," katanya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. jika berlaku kekeliruan, maka kembalilah kepada alQuran. benar seperti kata2 tun mahathir bahawa tiada kedapatan ayat alQuran yang membenarkan membunuh diri dan umat Islam lain bagi mencapai syurga. bagaimanapun tun mungkin sedikit silap, majlis fatwa rasanya dah mengeluarkan fatwa bahawa berjuang kononnya 'jihad' dengan cara membunuh diri sambil membunuh orang lain, sama ada musuh atau orang lain yang tidak bermusuhan adalah haram dan sesat. boleh rujuk kepada ustaz dato' harussani. alQuran dalam bahasa arab. oleh itu pihak yang berkepentingan boleh memanipulasi ayat2 alQuran dalam tafsiran melalui bahasa yang bukan arab. inilah yang biasanya terjadi. oleh itu, berhati-hati dalam memahami tafsiran alQuran oleh seseorang yang berkepentingan kerana ia boleh diselewengkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin majlis fatwa kebangsaan kurang highlight tentang perkara ini. Sebab itu Tun M bangkitkan kembali isu ini. macam biasa..Melayu kan mudah lupa

      Padam
  2. Perang sesama Islam, memerangi pemerintah, perang balas dendam, pembunuhan rambang org awam, mengebom tempat awam, pencetus huru hara, suicide bomber, bgmnkah mrk ini boleh dianggap sbg jihad fi sabilillah ?
    Pd aku mrk mrk ni lbh bercirikan Khawarij. Menimbulkan lbh bnyk fitnah kpd agama.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.