Ahad, 29 Jun 2014

Himpunan LGBT Singapura Jadi Sumber Inspirasi Pakatan Pembangkang Malaysia?

    1:00:00 PTG   No comments

Wak J: Jika di Malaysia bab suka berhimpun beramai-ramai ini kita serahkan sahaja pada Pakatan Pembangkang yang dianggotai PAS, PKR dan DAP. Bab menyokong puak LGBT dekat Malaysia ini pun Pakatan Pembangkang juga lah yang jadi juaranya.

Jadi, tidak mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Pasti ada pihak dari Malaysia terutamanya badan NGO pro Pembangkang menyokong dan berpendapat bahawa perhimpunan yang dianjurkan golongan pencinta kaum sejenis atau pengamal seks songsang ini wajar diberi kebenaran dan ruang atas dasar perinsip hak asasi dan kebebasan di negara kita.

Macam best...Anwar Ibrahim mesti suka...

pink-dot-lgbt-singapore

Perhimpunan LGBT Singapura Berlangsung Meriah Walau Ada Bantahan

SINGAPURA: Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT yang kini menjadi acara tahunan di republik itu.

Perhimpunan yang dinamakan “Pink Dot” tetap diadakan meskipun mendapat tentangan keras dari beberapa kumpulan konservatif agama.

Kumpulan LGBT terbabit membanjiri kawasan tumpuan di sebuah padang dengan memilih warna merah jambu bagi mencerminkan pergerakan kumpulan itu.

Turut diadakan sudut ceramah untuk mereka menyuarakan hak dan tuntutan mereka.

Penganjur berkata mereka menjangkakan lebih 20 ribu hadir di perhimpunan tahun ini.

Jurucakap kumpulan itu Paerin Choa berkata perhimpunan itu bukan bertujuan untuk membantah dan menuntut hak mereka semata-mata tetapi mengharapkan kumpulan itu dapat diterima masyarakat di republik itu.

Perhimpunan itu semakin besar skala penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2009, dimana pada asalnya hanya dihadiri lebih 2,500 pengikut LGBT.

Para peserta mengenepikan desakan oleh kumpulan Kristian dan Islam yang membantah penganjuran perhimpunan seumpama itu yang dianggap bercanggah dengan nilai agama.

pinkdot-muslimah-singapore

Seorang paderi kanan Lawrence Khong berkata lebih 10,000 pengikut Gereja Baptist yang dihadirinya menentang penganjurannya atas alasan ia satu keruntuhan moral dan menghakis nilai kekeluargaan.

Khong juga lantang menentang  usaha untuk meminda Seksyen 377A, Kanun Jenayah negara itu yang menetapkan  hubungan seks sesama lelaki dianggap satu tindakan jenayah dan boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Meskipun peruntukan itu telah diperkenalkan sejak zaman pemerintahan British lagi, ia dilihat tidak dilaksanakan secara ketat oleh pihak berkuasa.

Khong juga membidas tindakan kerajaan Singapura memberikan ruang untuk perhimpunan “Pink Dot” itu diadakan, selain menuntut kerajaan memberikan penjelasan mengenai pendirian mereka.

Paderi itu turut melahirkan sokongan terhadap satu lagi perhimpunan berasingan yang diadakan oleh kumpulan Islam yang dipimpin oleh Ustaz Noor Deros.

Perhimpunan yang dinamakan “Perhimpunan Pakaian Putih” itu diadakan untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada nilai asal yang dipupuk oleh Islam.

Pihak kerajaan Singapura dilihat cuba tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, sebaliknya menggesa debat mengenai LGBT tidak disuarakan secara terbuka.

Kerajaan PAP, berkata seksyen 377A harus dikekalkan berikutan nilai masyarakat negara itu yang masih konservatif dan tidak menerima perhubungan sejenis.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah institut berkaitan polisi keatas 4,000 responden mendapati hampir 78 peratus berpendapat hubungan sesama jenis adalah satu kesalahan. - Agensi

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.