Ahad, 8 Jun 2014

Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Halal Guna Produk Berasaskan Babi

    6:49:00 PTG   6 comments

Yusuf Al-Qaradawi-babi-halal

Wak J : You are what you eat! Haram tetap haram Sheikh. Akibat terlalu banyak makan makanan yang mengandungi DNA Babi, perangai nanti pun serupa babi juga. Sikit-sikit nak menyondol macam Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan Pembangkang. Babi betul!
 
SHAH ALAM - Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Sumber

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. Babi babi ni klu tak terpaksa elak le, klu dah terpaksa tu lain le, itu pun bukan jadi halal, tp rukhsah, bolehnya sekadar yg terpaksa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Sabu sanggup makan babi disebabkan benci sangat dgn Umno

      Padam
  2. Qaradawi keliru antara transformasi semulajadi dengan transformasi buatan manusia. Babi mati dalam hutan, lama-lama hancur menjadi sebati dengan tanah, maka babi itu telah bertukar jadi tanah secara semulajadi. Tanah berkenaan sudah tidak jadi haram. Tapi kalau babi diproses oleh manusia jadi tepung dengan tujuan mejadikan babi itu halal, tentulah proses ini mempersenda Tuhan yang memberi hukum.

    BalasPadam
  3. salam..... siapa diri kita.???? berapa banyak kitab yang kita sudah belajar????? dan berapa banyak hadis yang kita dah hafal....???? tepuk dada tanya diri sendiri, layakkah kita mengkritik fatwa ulama, apatah lagi seorang ulama besar yang diiktiraf seluruh dunia, dan juga menjadi tempat rujukan seluruh ulama.... adakah seorang ulama besar yang diiktiraf seluruh dunia akan mengeluarkan fatwa sesuka hati dan ikut hawa nafsu??? tidak, mereka mengeluarkan satu-satu fatwa berdasarkan ilmu, mereka tidak sama dengan kita, mereka mengeluarkan hukum berdasarkan ilmu, kita mengeluakan hukum ikut akal dan nafsu,sesuka hati mengeluarkan fatwa sediri, sesuka hati menghukum dan menjatuhkan hukum ikut hawa nafsu, RENUNG-RENUNGKALAH
    #tepuk dada tanya iman # mohon maaf jika ada salah dan silap dari pada insan yang kerdil ini

    BalasPadam
  4. DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

    ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

    YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

    Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

    Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

    DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

    Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur
    This Datuk will suffer more if many people know about his bad deeds...you cannot cover up what has been done
    Shared by Lim….Taman Desa Jaya, Kepong

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.