Isnin, 16 Jun 2014

Kerajaan Pakatan Selangor Gadai Tanah Rizab Melayu Pada Bukan Melayu

    11:43:00 PTG   1 comment

mb-selangor-tanah-rizab-melayu
SHAH ALAM: Seluas 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah diberi hak milik kepada orang bukan Melayu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, hari ini.

Menurut laporan itu, semakan terhadap 129 carian rasmi kepada dokumen hak milik mendapati ia melibatkan 18 (13.9%) hak milik tanah di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
 
Perkara ini menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu berkurangan, menurut laporan itu.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 7 April 2014, Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Kuala Selangor memaklumkan pemilik asal tanah terlibat adalah orang bukan Melayu.

Menurut PDT Klang pula, perkara ini berlaku kerana tanah tersebut terlibat dengan proses pecah sempadan dengan endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan semasa hak milik baharu didaftarkan mengakibatkan berlakunya pindah milik kepada orang bukan Melayu.

Bagaimanapun, PDT Klang tidak mengemukakan bukti untuk menyokong urusan pindah milik ini, menurut laporan itu.

Seterusnya, laporan audit mendedahkan terdapat tanah rizab Melayu di Ampar Tenang, Sepang dan Sungai Lang, Sabak Bernam pula diduduki dan diusahakan oleh orang bukan Melayu.

Mereka menjalankan perniagaan gerai makan, bengkel kereta serta membina bangunan di tanah rizab Melayu.

Justeru, Ketua Audit Negara antara lain mengesyorkan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) dan PDT menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan tanah rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Ia juga harus meliputi pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu yang sewajarnya, tambah laporan itu. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. WJ, NGO/NGO Islam/Melayu mesti buat repot polis dan SAMAN BERJUTA atas JENAYAH/PENIPUAN oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL ni – yg. juga jelas menyalahi Artikel 153 Perlembagaan Malaysia! Dan TANAH PUSAKA Rizab Melayu ini mesti diKEMBALIKAN segera walau seinci! Aku syak ada si PENDATANG KAPIRDAJAL bina tokong/kuil HARAM kata atas tanak pusaka nenek moyang kita ni – lansung pemimpin UMNO-LIBERAL jkadi PENAKUT nak halau!

    Lihat kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA melindungi hak keistimewaan Bumiputera ISLAM/Melayu dan Bumiputera lain, termasuk dlm. pekerjaan, pendidikan, biasiswa DAN SEBAGAInya, di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

    Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

    Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

    (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.