Selasa, 17 Jun 2014

Khalid Samad Cuba Lepas Tangan Tapi Tetap Pertahan Gereja

    9:22:00 PTG   2 comments

KUALA LUMPUR - Pas Selangor hari ini menegaskan tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang engkar kepada keputusan Peguam Negara supaya memulangkan kitab Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) tidak mempunyai kaitan dengan keputusan parti itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa, keputusan badan agama itu diputuskan tanpa pengetahuan dan di luar kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

"Tindakan itu tiada kena mengena dengan Pas, walaupun wakil Pas sebagai Exco Agama dalam kerajaan negeri Selangor, namun tindakan dan arahan itu datang daripada Mais.

"Mais dipengerusikan oleh Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan beliau bukan ahli Pas serta tidak dilantik kerajaan negeri dan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Mais Sabtu lalu yang tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk tidak mendakwa BSM dalam isu rampasan 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban di Petaling Jaya, Januari lalu.

khalid-gereja

Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat khas Mais Jumaat lalu menganggap masih ada ruang di dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan terhadap BSM.

Dalam pada itu, Khalid menambah, Pas Selangor juga akan meminta Kerajaan Negeri Selangor mengkaji semula kuasa eksekutif yang diberikan kepada Mais sehingga boleh mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tanpa perlu meminta kelulusan.

Dakwanya jika perkara itu tidak diberi perhatian, kelak ia boleh menjejaskan reputasi dan imej institusi diraja memandangkan Mais dinaungi oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita harap dapat kaji semula peranan dan kuasa Mais pada masa ini dan kita perlu kembali kepada kerajaan raja berperlembagaan untuk mengelakkan imej raja tercemar.

"Jika tidak dibendung Mais akan terus melakukan tindakan melulu hingga menganggap Jais itu pihak berkuasa mereka," katanya.

Khalid juga tidak menolak tindakan pengerusi Mais itu juga didakwa cuba mensabotaj kerajaan negeri Selangor sejak PR mengambil alih pentabiran negeri itu pada 2008.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. KEJAM betul BUMIPUTERA ISLAM/Melayu diANIAYA dgn. begitu HINA di NEGARA ISLAM kita, PUSAKA nenek moyang kita ini - oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL dan si Islam/Melayu PENYAMAQ/LIBERAL-BANGSAT!

    Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran kat MAIS/polis psl si kalid-BANGSAT ni kerana MENGHINA/MENIPU tentang kedudukan/peranan serta kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA/Kesultanan Islam-Melayu/MAIS-JAIS dlm. MEMPERTAHANkan Islam, dan kuasa Eksekutif ini sbg. lebih rendah dr. kuasa K’jaan negeri, serta juga MENIPU yg. JAIS bukan bawah MAIS! Jenayah ini jelas melanggar undg-undg PERLEMBAGAAN! Sebab itulah diperlukan Peguam-peguam SUKARELAWAN yg. amat pro-aktif, utk. lebih agresif berjuang di mahkamah demi mempertahankan Islam/umatnya – mesti tubuhkan jabatan peguam Sukarelawan/sepenuh masanya sendiri dlm. GABUNGAN NGO-NGO Islam/Melayu (sistem khidmat guaman yg. amat pro-aktif ini salah satu punca kemenangan MUSUH ISLAM termasuk di Barat).

    Dan si PENDATANG KAPIR RASIS serta si Islam/Melayu PENYAMAQ/LIBERAL-BANGSAT - yg. asyik MENGHINA ISLAM/umatnya, termasuk Kesultanan ISLAM/Melayu kita serta MAIS/JAIS, dan identiti/sejarah/hak Bumiputera Melayu - sebenaqnya sedang mengadakan KEMPEN besar-besaran yg. amat TERANCHANG utk memburukkan dan menjatuhkan kuasa Eksekutif DYMM YDPA-Kesultanan Melayu/MAIS-JAIS-undang-undang Syariah-Perlembagaan /yg. berkaitan Islam/umatnya), serta MEMFITNAH menggambarkan seolah MAIS-JAIS adalah kumpulan ‘pengganas’! Mereka juga sdg. MENCABAR umat Islam/Melayu.

    Harapnya lepas kejadian ini MAIS/JAIS akan lebih TEGAS menggunakan kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA/Kesultanan ISLAM/Melayu utk. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya, mengikut undg-undg Perlembagaan pun! Dan jgn. nak tunduk pd. GERTAKAN si JPM-LIBERAL, yg. disyaki nak MEMANIPULASI JAKIM, mengikut kerakusan politik DAJAL JPM-LIBERAL, utk. ambil-alih kuasa EKSEKUTIF Kusultanan Melayu/MAIS-JAIS ini!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm , Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. Nanti bila si Khalid G ni mampus, panggil puak2 gereja kesayangan dia tu untuk mandikan, kapan dan talkinkan bangkai dia tu.....

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.