Jumaat, 20 Jun 2014

Wan Muhammad Azri Mohon Bayar Saman Anwar Secara Ansuran

    8:53:00 PTG   2 comments

Wan-Muhammad-Azri-nelayan

KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger PapaGomo meminta Mahkamah Tinggi membenarkan beliau membayar ganti rugi bernilai RM850,000 secara ansuran kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Azri, beliau yang kini bekerja sebagai nelayan tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan berharap untuk mengemukakan bayaran RM100 sebulan sehingga ganti rugi tersebut selesai.

Jelasnya lagi, beliau kini kesempitan dari aspek kewangan sehingga terpaksa menjual pegangannya dalam syarikat KL Pos Media And Production bagi membayar kos guaman untuk membela diri menentang Anwar.

Walaubagaimanapun, permohonan Wan Azri membuat bayaran secara ansuran dibantah peguam Shahid Adli dan mahkamah memerintahkan pihak plaintif dan defendan berbincang berhubung isu tersebut.

Rayuan Wan Azri untuk menangguhkan bayaran ganti rugi kepada Anwar turut ditolak mahkamah dan beliau diperintahkan untuk membayar kos RM5,000 dalam tempoh dua minggu.

Keputusan dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop dihadapan Shahid Adli dan Wan Azri.

Wan Azri ketika ditemui pemberita menjelaskan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pengurusan kes ditetapkan 24 Jun ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Saya rasa elok di lancarkan satu tabung untuk membantu wan Azri melawan Anwar Ibrahim di MAHKAMAH.

    BalasPadam
  2. Apa punya laknat si bapak homo, datuk seri anwar homo mahu menindas orang biasa yang cari makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Trelalu zalim datuk seri homo ini. Lepas itu datuk seri anwar homo akan jadi kaya raya seluruh keluarga makan duit haram orang miskan. Saman menyaman sudah jadi lumrah datuk seri omo anwar dan keluarga tak mahu bekerja, jadi ketua pkr seluruh keluarga dapat wang mewah saman orang biasa. Terlalu dayus!!!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.