Rabu, 11 Jun 2014

PR Selangor Tolak Hudud Sebab Tak Sama Seperti Kelantan

    9:45:00 PTG   5 comments

Wak J: Pulak dah! Macam ni punya alasan pun ada.

Perancangan pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan negeri ini dinaungi tiga rakan pakatan tidak seperti Kelantan yang dimonopoli Pas.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, Selangor negeri milik Pakatan Rakyat dengan Pas hanya menguasai 15 kerusi berbanding rakan-rakan lain.

“15 kerusi tidak boleh bentuk urus tadbir bersendirian. Jadi, dalam konteks Selangor, apa-apa pendirian kita akan bincang dengan dalaman PR.

 “Tidak dinafikan bahawa hudud ini satu undang-undang terbaik tetapi macam di Kelantan, rakyat yang mahukan hukum itu menjadi undang-undang negeri kerana sejak 1993 Pas tidak pernah tewas di sana,” katanya.

Sallehen Mukhyi pas

Menurut Sallehen,  bagi rakyat Selangor satu pemerhatian teliti perlu dilaksanakan sebelum membuat pilihan berdasarkan persekitaran, perbezaan budaya dan kepelbagaian bangsa bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

 “Kalau rakyat beri mandat untuk itu, kita akan laksanakan. Hudud ialah alat ke arah mewujudkan negeri aman dan makmur yang disepakati semua orang.

“Sekiranya kita buat tapi rakyat tak setuju maka tak ada guna ia dilaksanakan. Apa yang penting rakyat perlu diberi pemahaman terlebih  dahulu,” katanya.

Semalam BN Selangor mengadakan mesyuarat dan membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan kajian menolak atau tidak Undang-Undang Syariah pada sidang Dun Selangor yang akan bermula Isnin depan.

Difahamkan, Speaker Dun, Hannah Yeoh mengesahkan kajian mengenai hudud adalah satu daripada empat cadangan yang diterima daripada BN untuk dibahaskan nanti.

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang mencadangkan kajian dibuat telah menyerahkan cadangan tersebut pada minggu lalu.

Usul yang dibawa menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh dalam kenyataannya berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Daripada salinan usul itu, perkara tersebut dicadangkan di bawah peraturan 26 Peraturan Tetap Dun untuk dikemukakan pada persidangan minggu depan.

Wak Jengkol

About Wak Jengkol

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Bah. Pertama:

    Baik NGO-NGO Islam/Melayu buat lapuran polis kerana ini jelas MENYALAHI Perlembagaan Malaysia, yg. mempertahankan ISLAM sbg. Agama NEGARA/PERSEKUTUAN dan hak istimewa BUMIPUTERA, terutamanya BUMIPUTERA ISLAm/Melayu yg. majoriti, dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan – apalagi si LIBERAL-mamat-kari yg. memang MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/11/Khairy-police-must-uphold-law/ , Khairy: Police have a duty to uphold the law, by michelle tam June 11, 2014!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun.

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. Bah. Kedua:

    Baik NGO-NGO Islam/Melayu juga lawan si Islam/Melayu-LIBERAL-PENYANGAK kat Mahkamah Syariah (patutnya si KAPIRDAJAL yg. MENGHINA ISLAM juga patut dihukum bawah undg-undg SYARIAH/HUDUD), yg. MENIPU psl. hak dan kedudukan ISLAM/umatnya termasuk kuasa Kesultanan Islam/Melayu, kat NEGARA ISLAM ini!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..

    Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri memartabatkan Sultan atau YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Dalam hal pentadbiran Agama Islam Baginda dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang merupakan pihak berkuasa agama Negeri yang utama selepas Sultan/YDPA. Walau bagaimanapun kedudukan ini sering disalah tanggap. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) atau Kerajaan Negeri sering dianggap sebagai pihak berkuasa termasuk dalam hal ehwal agama yang termaktub dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Fahaman dan pendekatan sebegini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Islam sebagai Agama Negeri dan Agama Negara tidak tertakluk di bawah kuasa politik. Sebaliknya Kerajaan Negeri yang tertakluk kepada prinsip Islam dalam menjalankan pemerintahan Negeri. Justeru, walau pun menjadi kewajipan kepada Kerajaan Negeri menyediakan kewangan, kemudahan dan pegawai-pegawai untuk berkhidmat kepada MAIN, namun MAIN TIDAK bertanggungjawab (accountable) kepada Kerajaan Negeri kerana MAIN bertanggungjawab terus kepada YDPA/Sultan. Begitu juga para pekhidmat awam Negeri yang ditugaskan dalam hal ehwal berkaitan agama seperti JAIN, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah adalah bertanggungjawab kepada MAIN dan bukan kepada Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri masih bertanggungjawab untuk melakukan pembangunan dalam hal ehwal agama Islam tetapi tertakluk kepada kawalan dan kebenaran MAIN. Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana Kerajaan Negeri untuk mencampuri hal-hal berkaitan penentuan hukum Syarak walaupun ia berkewajipan untuk mematuhi dan menghormati hukum Syarak yang diperkenankan oleh Sultan sebagai Ketua Agama Negeri.....

    (TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  3. BIla Islam di dagangkan... ini lah jadi nya... lebai ooo lebai..

    BalasPadam
  4. Jadi hudud hanya boleh di Kelantan sahajalah. Buat apa nak bising2 nak laksanakan hudud di seluruh negara, nak jadikan Malaysia negara Islam yang tulen jika tak dipersetujui oleh rakan2 baik PAS? Inilah dikatakan Islam dijadikan modal politik dan hanya layak diperdagangkan.

    BalasPadam
  5. Inilah yg dikatakan manusia bangsat dan munafik....
    Kutuk dan hina sesama Islam krn hudud tetapi bila dah diberi peluang tak mampu pulak melaksanakannya...

    Kepada kerajaan kelantan di bawah mb yg baru....pedulikan dap.dan pkr....usahakan terus pelaksanaan hukum hudud.Biar mrk tahu betapa hebatnya hudud membanteras gejala2 sosial masakini..

    Klu boleh...kerajaan bn laksanakan hukuman tembak sampai mati kpd perasuah2 dan pegedar2 dadah di khalayak ramai mcm di China..Baru mrk kecut perut..

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.