Sabtu, 5 Julai 2014

Bila Tiba-Tiba Ahli Politik Begitu Prihatin Dengan Nasib Peminta Sedekah

    11:19:00 PG   1 comment

pengemis-warga-asing-kl
Wak J: Dalam Islam sendiri tidak pernah menggalakkan umatnya memilih kerjaya mengemis untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka dengan itu, setuju sangat lah dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan yang berhasrat membasmi golongan gelandangan dan peminta sedekah di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur.

Lagi pun jika kita perhatikan rata-rata peminta sedekah atau golongan gelandangan ini mejoritinya adalah warga asing yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap pemurah rakyat Malaysia.

Jadi, tidak salah jika Ku Nan selaku menteri yang menjaga Kuala Lumpur membersihkan bandaraya itu dari terus jadi port pengemis dan gelandangan yang hidup dengan menagih simpati orang ramai selain dari malas bekerja.

Kerajaan telah memberi banyak bantuan kepada golongan ini dengan mewujudkan pusat perlindungan yang seslesa dan kemudahan-kemudahan lain, seperti kaunseling, modal untuk mengubah nasib hidup mereka.

Kadangkala Wak melihat tindakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang kerap memberi pertolongan pada  mereka dengan makan, pakaian dan sebagainya seolah-olah ia hanya akan menggalakkan lagi golongan ini terus hidup meminta-minta. Mungkin mereka berfikir, buat apa susah-susah bekerja jika sudah ada yang membantu.

Lagi satu yang wak tak faham kenapa ada pihak marah sangat pada menteri wilayah tersebut terutamanya pemimpin politik Pembangkang bila golongan terbiar ini cuba 'dibasmi' supaya Kuala Lumpur bersih dari penyakit sosial  yang hanya akan mencemarkan imej negara.

Kepada pemimpin politik Pembangkang yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu ini, apa kata jemput para gelandangan atau peminta sedekah datang ke rumah untuk diberikan bantuan serta jadikan kawasan perumahan tempat anda tinggal itu sebagai 'port' baru mereka mencari makan.

Sanggup!

Bukan Kejam, Tapi Mahu Bantu

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan gelandangan dan pengemis susulan langkah melarang orang ramai memberi makan dan menderma kepada mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan itu sebaliknya berkata, kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.

"Usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara dan aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kementerian berkenaan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Antara yang akan disediakan di premis itu ialah adalah makanan berkhasiat secara percuma dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan menyumbang makanan.

Kemudahan lain ialah tempat rehat, pusat rawatan kesihatan, pusat pendaftaran bersepadu untuk merekod maklumat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, kemudahan riadah, perkhidmatan dobi, khidmat kaunseling serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan sesuai.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Pd aku, meminta minta ni haram kecuali terpaksa.
    Bg yg memberi pula, mcm menggalakkan pulak peminta minta ni. Klu tak tahu dan tak pasti sipeminta minta tu golongan yg semmgnya layak meminta minta, lbh baik jgn bg, syubhah.
    Yg berkelebihan tu, yg layak, bayarlah zakat, dan bersedekah dan dermakan pd bdn bdn kebajikan, masjid surau pun bnyk yg perlukan sumbangan, begitu juga utk sumbangan kpd peribadi, utamakan dulu sanak saudara dan jiran jiran yg memerlukan walaupun mrk tidak meminta. Anak masuk sekolah, masuk U, masuk kolej, nak raya lg, mmg bnyk pakai duit, yg berada tu jengok jengok la sedara sedara dan jiran jiran yg kesempitan, walau pun mrk tak meminta.
    Bg baitulmal, jabatan agama, agensi dan badan kebajikan pulak, jgn lah mempersulitkan sumbangan kpd yg semmgnya layak menerima bantuan.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.