Selasa, 8 Julai 2014

Bimbang DUN Selangor Bubar, Azmin Arah Pemimpin PKR Perlahankan Serangan Terhadap Khalid Ibrahim

    10:12:00 PTG   No comments

Wak J: Menurut beberapa maklumat yang diterima dari pejabat Menteri Besar Selangor hari ini memberi tahu, sekiranya Azmin Ali dan pemimpin PKR yang lain berdegil dan terus-menerus mendesak Khalid Ibrahim letak jawatan, berkemungkinan besar akan berlaku pembubaran DUN Selangor bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri yang baru.

Merujuk kepada laporan Bernama di bawah, Azmin Ali telah mengarahkan seluruh kepimpinan PKR negeri supaya mengendurkan sedikit desakan terhadap Khalid Ibrahim sehingga keadaan kembali tenang.

Azmin terpaksa mengeluarkan arahan sedemikan kerana tidak mahu Menteri Besar menggunakan kuasa 'veto' nya  membubarkan sidang DUN Selangor yang akan menyebabkan impianya untuk menjadi Menteri Besar terbantut.

Sejak spekulasi perletakan jawatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mula tersebar di media massa, mejoriti rakyat Selangor yang menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim tidak bersetuju dan membantah keras tindakan PKR yang  memaksa MB Selangor itu meletak jawatan.

Mereka juga  bertekad sekiranya DUN Selangor dibubarkan dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat akan tumbang di Selangor. Sejauh mana keberanian penyokong Khalid Ibrahim melawan arahan parti  yang dimiliki anak beranak Anwar itu, sama-sama lah kita tunggu.

pkr-azmin-khalid

Hentikan Spekulasi Abdul Khalid Letak Jawatan

SHAH ALAM - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Beliau berkata isu pertukaran Menteri Besar itu bukan keperluan dan agenda utama parti buat masa ini.
  
"Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita ajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.
  
"Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan untuk bantu rakyat," katanya.
  
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BBC Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
  
Berita peletakan jawatan Abdul Khalid mula tersebar sejak malam Ahad lepas melalui pelbagai aplikasi sosial termasuk Whatsapp.

Kandungan maklumat itu menyatakan Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
  
Mengulas mengenai mesyuarat kelab itu yang didakwa turut mencapai kata sepakat bagi menyatakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), menafikannya.
  
"Pilihan raya sudah selesai, keputusan telah dibuat dan sekarang masa untuk kerja. Bila ada keperluan untuk membincangkan perkara (pertukaran MB) itu kita akan bincang secara kolektif," katanya. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.