Wak J: "Kita memang dah teruk dari Brazil pun, sebab tak pernah layak ke Piala Dunia"
Ada betulnya juga kata seorang Pencacai Pembangkang yang wak petik dari laman sosial apabila mengulas kenyataan Najib apabila Perdana Menteri Malaysia itu menyeru kepada seluruh pemimpin dan rakyat Malaysia supaya menteladani kekalahan Brazil.
Walaupun Malaysia tidak pernah melayakkan diri ke Piala Dunia dalam sukan bola sepak, namun banyak lagi kejayaan yang negara kita telah kecapi bebanding negara lain. Brazil mungkin gah dalam dalam dunia bola sepak sebelum dimalukan Jerman dengan jaringan 7-1 pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014, tetapi Malaysia sudah lama mendahului Brazil dari aspek lain seperti pembangunan negara dan sosial rakyatnya.
Peringatan Najib itu memang wajar dijadikan tauladan buat kita semua. Akibat tiada kepimpinan yang berkesan mungkin rakyat Malaysia akan menerima nasib malang yang lebih teruk dari kekalahan yang dialami pasukan Brazil dan seluruh rakyatnya.
Lihat lah apa yang telah berlaku pada negara kita sebelum ini apabila ramai pemimpin bertindak kurang professional, suka membuat huru-hara dalam kalangan masyarakat, seperti demonstrasi jalanan, menghasut, memfitnah dan menjatuhkan maruah orang lain.
Sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan apa yang telah kita miliki hari ini dan bukanya memperlekeh segala usaha yang dilakukan oleh para pemimpin negara sejak dari sebelum dan selepas merdeka hingga ke hari ini seperti mana yang dilakukan oleh Pembangkang sekarang!

Najib: Teladani kekalahan Brazil
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa sesebuah negara yang tiada kepimpinan berkesan mungkin menerima nasib malang seperti pasukan bola sepak Brazil pada malam tadi.
Beliau merujuk kepada perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada malam tadi yang menyaksikan pasukan tuan rumah Brazil tewas 7-1 di tangan Jerman.
"Apa yang dapat saya simpulkan bahawa, kekurangan kepimpinan atau tiada kepimpinan yang baik menyebabkan kekalahan ini.
"Kalau itu yang berlaku kepada satu pasukan bola sepak, bayangkan kepada satu negara yang tiada kepimpinan berkesan, mampu menjiwai aspirasi pastinya menjadi seperti apa yang berlaku kepada pasukan Brazil," katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian Online hari ini.
Perdana menteri berucap dalam satu majlis bersama anggota jemaah menteri di Putrajaya hari ini.

Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..