Isnin, 21 Julai 2014

PAS Bantah Wan Azizah Jadi MB Selangor

    8:57:00 PTG   1 comment

khalid-ibrahim-hadi-awang-mb

PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah bersetuju sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, parti itu masih belum mencapai kata sepakat mengenai perkara berkenaan namun menegaskan bahawa beliau berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi dilaporkan memihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga tempohnya berakhir.

"PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah... kita masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini," demikian menurut Iskandar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Bagaimanapun Adun Chempaka itu juga mengelak ketika ditanya sama ada parti itu memihak kepada Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

"Kami berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS. Itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang. Kami telah diarahkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. kenapa PAS nak dengar cakap anwar, siapa dia, PAS ada lebih undi kenapa nak bagi PKR...kalau dah bodoh, tak siapa pun dapat ajar,..susah sangat keluar dari PR...berjuang sendiri pun ramai orang Islam akan menyokong...dah lapn tahun bersama PR...apa yang PAS dapat...semakin jadi hampas, pak turut, bodoh tak boleh di ajar...to quote...video tu besi..mana boleh percaya...mentality PAS...yang di suapkan oleh presidennya...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.