Selasa, 22 Julai 2014

MH17: Allah Bantu Najib Selesai Isu MH17

    9:34:00 PTG   2 comments

Wak J: Bangga wak dapat Perdana Menteri yang hebat seperti Najib Razak. Walaupun teruk dihina dan dicaci oleh rakyat negaranya sendiri terutamanya penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang, tapi hari ini Allah telah memuliakan beliau dan atas kebijaksanaan menangani isu MH17.

Walaupun negara kini sedang dilanda kesedihan berikutan insiden malang yang menimpa pesawat MH17 yang turut mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapalnya, dengan perkembangan terbaru ini sudah tentunya memberi sedikit kelegaan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Kewibawaan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia sekali lagi terbukti dan kini mendapat pujian dari negara luar yang sebelum ini melihat isu MH17 sukar diselesaikan kerana melibatkan persengketaan antara kuasa besar dunia.

Kejayaan Malaysia capai persetujuan membanggakan

Kejayaan Malaysia capai persetujuan membanggakan

KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia mencapai persetujuan dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, merupakan satu perkembangan membanggakan, kata bekas ketua juruterbang serantau MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.
  
Katanya, walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil, namun kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mencari penyelesaian isu terbabit.
  
"Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan dan Perdana Menteri kerana telah berjaya mencapai persetujuan dengan mereka dengan cara yang cukup berkesan.
  
"Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana kerajaan kita sentiasa berusaha untuk mencari jawapan kepada insiden itu dan membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Katanya, walaupun ada negara kuasa besar yang sebelum ini mendesak pihak yang menguasai wilayah itu untuk membenarkan pasukan penyiasatan masuk ke kawasan itu, namun Perdana Menterilah yang telah berjaya meyakinkan mereka.
  
Dalam sidang media tengah malam tadi, Najib berkata, kerajaan telah mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai yang bersetuju untuk memindahkan 282 mayat ke Kharkiv sebelum diserahkan kepada para wakil dari Belanda untuk siasatan forensik.
  
Borodai juga bersedia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada pasukan Malaysia di Donetsk, selain memberi jaminan keselamatan kepada para penyiasat bebas antarabangsa yang akan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.
  
Anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 memuji kesungguhan kerajaan kerana berjaya mencapai persetujuan dengan Borodai bagi membawa pulang mayat ke negara ini.

Sumber: BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Tapi malangnya PEMUDA UMNO-LIBERAL telah merosakkan usaha murni YAB PM kita ini!

    Bah. Pertama:

    BANGANG betul PEMUDA UMNO dlm. perhimpunan mereka yg. pi bawa bendera PENJAJAH Barat tspt. UK/Germany yg. merupakan penyokong kuat ZIONIS/Israel -KEPARAT termasuk membunuh dengan rakus dlm GENOSID, BUMIPUTERA Islam Palestin dan Bumiputera Ortodox Kristian Russia di Ukraine sekarang (lihat di - http://www.stopwar.org.uk/news/david-cameron-defends-israel-s-right-to-defend-itself-by-murdering-women-and-children-in-gaza#.U8NC0UA4L1U , Cameron supports Israel's right to defend itself by murdering women and children, By Robin Beste 10, July 2014, dan di -. http://www.henrymakow.com/david_camerons_roots_in_opium.html , David Cameron's Roots in Jewish Banking, Opium by Brian Akira; abridged from his Blog, May 27, 2010)!

    Inilah BALAnya bila pemimipin UMNO LIBERAL-BANGANG dah MENGUASAI PEMUDA UMNO!

    Insiden amat kejam kat MH370 & MH11 kita ini juga disyaki berkaitan strategi berterusan dan makin agresif si ZIONIS-Barat dan ejen mereka dari PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM, utk. memisahkan Sabah-Sarawak yg. amat kaya minyak-gas, dari Malaysia dan disatukan dgn. S'pura - supaya dpt. menubuhkan satu lagi 'Israel' utk. MENGUASAI Asia spt. mana Israel ditubuhkan dgn. amat BUAS utk. MENGUASAI Timur Tengah yg. kaya minyak-gas di samping menjatuhkan ISLAM/umatnya di Dunia Islam (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di - http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)! Itulah yg. aku heran - apasallah K'jaan kita terlalu beri muka pd. S'pura yg. adalah pusat Mossad/CIA-MI6-Perisik Jerman sampai TANAH PUSAKA kita asyik TERGADAI kat S’pura?!

    Dan aku heran betullah kenapa kuasa begitu besaq diberi pd. Kem. Pengangkutan; patutnya Kem. PERTAHANAN turut serta sbg. pakar FORENSIK bedah mayat (yg. sekrg. dimonopoli si pakar Barat-ZIONIS) , pakar bahan letupan dan kepakaran lain dlm. badan penyiasat antarabangsa tu! Kem. Luar/Kem. Pertahanan memang patut masuk campur dgn. AGRESIF, kerana insiden MH17 ini berkaitan Geopolitik-paling DAJAL ZIONIS-Israel dan penyokong NATO-Baratnya, yg. menguasai rejim Ukraine tu (lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495, Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014; dan di - http://www.intrepidreport.com/archives/13639 , Strategy of killing civilians in Gaza and eastern Ukraine has same culprits, By Wayne Madsen, Posted on July 18, 2014 )!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  2. Awatlah PEMUDA UMNO-LIBERALni tak berdemo depan Kedutaan Amerika/UK/Germany/Peranchis yg. terangan menyokong serangan terbaru ke atas GAZA – dasar PENAKUT!!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.