Ahad, 31 Ogos 2014

Akar Umbi Pas Selangor Mahu Calon Sendiri, Tolak Isteri Anwar Jadi MB

    6:29:00 PTG   2 comments

akar-umbi-pas-demo

Tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat memilih isteri Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru telah mengundang bantahan  dari ahli akar umbi parti itu.

Pada 17 Ogos lalu, Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat pada hari itu telah sebulat suara mencalonkan isteri Anwar Ibrahim bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor yang bakal dikosongkan Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Ketika ditemui dalam satu perhimpunan aman yang dianjurkan di hadapan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, ahli akar umbi Pas Selangor mendesak kepimpinan tertinggi parti itu supaya membatalkan keputusan pencalonan Wan Azizah  sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kerana dilihat tidak selari dengan keputusa Majlis Syura Pas yang dibuat sebelum itu.

Dalam pada masa yang sama, ahli akar umbi Pas turut menyifatkan keputusan Pas Pusat mencalonkan isteri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai satu tindakan yang  memalukan. Mereka juga menuntut supaya Majlis Syura Ulama bangkit dan bersuara dalam perkara tersebut.

Menurut jurucakap bagi kumpulan akar umbi Pas yang berhimpun di situ, sekiranya Pkr dan Dap tetap berkeras mahu mencalonkan nama Wan Azizah sebagi Menter Besar, maka adalah wajar jika jawatan tersebut diserahkan kepada Adun Pas yang layak di negeri itu.

Ahli akar umbi Pas turut menasihati dan berharap agar Pas Pusat mentaati titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama Adun bagi mewakili parti itu untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Perhimpunan aman yang turut disertai oleh ahli akar umbi Pas kawasan Shah Alam, Sabak Bernam, Tanjung Karang , Sepang dan Ampang  berkahir dengan aman setelah diarahkan bersurai.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. MENYAMPAH betul aku si Nyonya-KIPASCINA tu- dasar si ejen ZIONIS yg. aku syak si PENYAMAQ Islam (KIPAS CINA tu disyaki simbol kat penyokong puak Cinanya - di sebalik pakai tudung).Tak habis-habis nak MENGHINA Kesultanan Islam/Melayu kita!

    Perangainya sebiji mcm. EVANGELIS Korea/Cina yg. amat benci ISLAM/umatnya!

    Makcik Sambal Belacan – Sedihnya tapi takkan jemu mendengar lagu WARISAN, nyanyian sungguh merdu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, sempena mengenang SEJARAH PUSAKA keberanian, kegagahan dan pengorbanan PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN TERCINTA kita, termasuk DYMM KESULTANAN ISLAM/MELAYU kita serta para PAHLAWAN kita - lihat di http://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/ , DATO’ MAHARAJA LELA, PERJUANGAN DATO MAHARAJALELA DI PERAK:

    ……Pada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.

    BalasPadam
  2. Salam merdeka!
    Terima kasih di atas pandangan mak cik..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.