Sabtu, 30 Ogos 2014

Pas Muktamad Mahu Isteri Anwar Sebagai Calon Tunggal MB Selangor?

    10:54:00 PG   No comments

mustafa-ali-pas

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan medianya semalam telah menafikan sekeras-kerasnya beberapa laporan dari portal berita tertentu yang mendakwa bahawa parti politik yang menggunakan label Islam itu akan menghatar beberapa nama calonya untuk dipersembahkan  kepada Sultan Selangor berhubung isu perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor yang baru.

Pada Selasa lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya setiap parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pkr, Dap dan Pas mencadangkan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor yang baru.

Dalam pada itu, Mustafa Ali menegaskan bahawa Pas hanya akan menamakan dua nama Adun dari Pkr sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. Jelas Mustafa lagi, Pas tidak akan mencalonkan nama Adun dari partinya di Selangor walau Sultan sudah bertitah supaya berbuat demikian.

Menurut Mustafa, jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik mutlak Pkr dan Pas akur serta telah berjanji akan menghormati keputusan tersebut yang dicapai sebelum ini.

Tindakan Pas tidak menamakan calon partinya sebagai MB Selangor seperti yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor mendapat kritikan hebat dari penyokong sendiri. Menurut beberapa komentar yang dipetik dari laman sosial menyatakan tindakan Pas tidak mencadangkan nama ahlinya untuk jawatan tersebut sebagai bacul dan hanya menjadi 'pak turut' dalam Pakatan.

Ada pendapat lain mengatakan, inilah masanya untuk Pas membuktikan kepada Pkr dan Dap bahawa parti itu berkemampuan untuk  mentadbir sebuah negeri yang kaya sekaligus menepis dakwaan banyak pihak termasuk rakan sekutunya dalam PR yang turut memperlekeh kepimpinan Pas  bahawa ahli-ahli dari parti itu hanya layak memberi ceramah, memacak bendera dan mengutip derma.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.