Wak J: Masa laporan berita di bawah ini disiarkan berbakul-bakul pujian diberikan kepada Khalid Ibrahim oleh penyokong Pakatan Pembangkang. Pada masa itu, apa sahaja cerita buruk tentang MB Selangor ini pasti akan disanggah dan dinafikan habis-habisan walaupun benar.
Tapi itu dulu punya cerita!
Sekarang apa sudah jadi? Segala kisah gelap, pekung busuk dan keburukan MB Selangor yang selama ini cuba disembunyikan oleh penyokong Pakatan akhirnya didedahkan sendiri oleh para pemimpin mereka. Ini bermakna Pemimpin Pembangkang tidak lah sesuci mana malah lebih teruk lagi dari pemimpin parti lawan seperti apa yang mereka gambarkan selama ini.
Untuk menghiburkan hati yang sedang berduka ekoran dari pemecatan Khalid Ibrahim dari keahlian PKR, maka seni kata lagu d ibawah adalah pengubatnya. Jangan sedih naaa..
Ku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Dulu disayang, sekarang ku ditendang...
Anwar: Khalid MB Selangor Paling Berjaya
SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor paling berjaya kerana kekuatan integriti beliau, sepanjang hampir lima tahun menerajui negeri itu.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Bagi saya, ukuran pertama yang penting (sebagai pemimpin) ialah integriti. Ada jawatan, dia tidak akan ambil tanah, balak, syarikat dan komisen daripada projek negeri. Orang boleh kritik dia (Abdul Khalid) kedekut, itu saya setuju, tetapi kekuatannya ialah integriti. Selangor mempunyai lebihan wang negeri RM2 bilion.
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.
Anwar berkata, tuduhan bahawa sesetengah individu yang terlibat dalam bidang politik mengundang kekayaan untuk kepentingan peribadi diakui berlaku di negara ini, namun kebanyakannya dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Sebab itu integriti moral perlu ada dalam politik negara dan antarabangsa. Masalah kita dalam negara apabila orang masuk politik untuk cari kekayaan. Bila pemimpin ada integriti, dia mampu mentadbir negara,” katanya pada majlis Makan Malam Keadilan Selangor 2012, kelmarin.
Duit 2bilion tu la Nuaq nak guna.
BalasPadamHahahah