Ahad, 17 Ogos 2014

Majlis Syura Ulama Pas Ubah Pendirian, Sokong Wan Azizah Jadi MB Selangor

    9:54:00 PTG   5 comments

Majlis Syura Ulama Pas

Majlis Syura Ulama Pas melalui wakilnya Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Azmin Ali dan mengekalkan isteri kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor (MB) selari dengan keputusan yang dibuat sebelum ini.

Menurut Nik Zawawi, keputusan mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang dibuat oleh Majlis  Syura Ulama Pas sebelum ini kerana pada ketika itu beliau masih lagi ahli PKR dan tidak bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat.

Sebelum ini, Majlis Syura Pas sebulat suara mahu kedudukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap amanah yang dipegangnya. Namun keputusan tersebut terpaksa diubah setelah mejoriti kepimpinan Pas Pusat mahu mengekalkan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar.
Pada petang tadi, Jawatankuasa Pas Pusat turut mencadangkan nama Azmin Ali untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Timbalan Presiden PKR itu kerana mahu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan PR.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu berkata, Pas akur dengan keputusan Anwar Ibrahim yang bertegas mahu menamakan isterinya sebagai calon menteri besar.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. X tkejut sbb mmg dah agak u turn..pas satu2nya parti paling bodoh..org islam dah blh perintah selangor..mau juga lancau dap

    BalasPadam
  2. memang dah agak pas akan buat kerja macam ni, maklumlah parti islam katakan, buat apa semua betul, kalau umno semua salah, rugi besar orang melayu kat Malaysia ni ada parti islam yang macam ni, lihat saja nanti apa akan berlaku seterusnya

    BalasPadam
  3. bodoh bertingkat2 PAS nih.. bukan main sopan lembut walaupun kena kencing pijak dan ditipu berlapis2 oleh PKR dan DAP. PRU buat kerja sama teruk tapi bila buat keputusan PAS hanya jd dimaklumkan.. dayus dan tiada apa2.. balasan sebab berperang dgn UMNO terllau dahsyat.. Allah dtngkan musuh dr dalam selimut mereka sendiri.. PADAN MUKA PAS.. biar lunyai Anwar kerjakan!!

    BalasPadam
  4. Majlis syura - gaya aje lebih! Champion keluar fatwa bagi hasut org lawan umno aje...

    BalasPadam
  5. Mati dlm keadaan yg mengaibkan lah wahai Hli majlis syura hendaknye

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.