Rabu, 13 Ogos 2014

Selapas Saifuddin, Lebih Ramai Pemimpin PKR Dan DAP Bakal Berdepan Tindakan Saman

    11:11:00 PTG   No comments

Saifuddin Nasution-saman

Setelah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memecat beberapa orang Exco DAP dan PKR, Menteri Besar (MB) Selangor, Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan surat tuntutan maaf kepada Saifudin Nasution Ismail supaya menarik balik satu laporan berbentuk fitnah yang cuba mencemarkan imejnya.

Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya setiausaha agung PKR itu enggan menarik balik segala fitnahnya dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Orang kanan Anwar itu dilaporkan telah membuat satu kenyataan fitnah dalam satu laporan bertarikh 4 Ogos terhadap Khalid Ibrahim setelah Adun Pelabuhan Klang itu enggan menuruti kehendak  Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim yang mahu mencalonkan isteri kesayangan sebagai pengganti Menteri Besar yang baru.
Khalid mendakwa tuduhan yang dilemparkan Saifudin ke atas dirinya berhubung isu hutang Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex serta kutipan sampah di negeri itu bertujuan untuk menjatuhkan kredbilitinya selaku Menteri Besar Selangor.

Menurut beberapa sumber, Khalid Ibrahim dilaporkan akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan terhadap beberapa pemimpin PKR dan DAP yang didapati telah berkomplot untuk menjatuhkanya melalui penyebaran berita fitnah.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.