Selasa, 12 Ogos 2014

Anwar Enggan Letak Jawatan Penasihat Ekonomi 'Seringgit'

    10:15:00 PTG   3 comments

anwar-ketum

Disaat berita pemecatan 6 Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP dan PKR  mula tersebar, Ketua Umum PKR (KETUM), Anwar Ibrahim yang juga merupakan penasihat ekonomi negeri  masih lagi belum meletakkan jawatanya setelah Menteri Besar (MB) Selangor, Khalid Ibrahim dipecat keahlianya dari PKR.

Menurut sumber, sebab utama Anwar Ibrahim enggan meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor adalah kerana tidak mahu terlepas elaun RM1 serta beberapa kemudahan lain yang dinikmati sebelum ini selaku penasihat ekonomi negeri.

Khalid Ibrahim dilaporkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat tiga exco DAP dan tiga lagi exco dari PKR kerana telah berkomplot untuk menghadkan kuasanya selaku Menteri Besar yang sah.
Dalam kenyataanya lagi, Khalid Ibrahim menegaskan bahawa pemecatan keenam-enam exco itu berkuatkuasa serta-merta dan dibuat berdasarkan lunas undang-undang. Enam exco itu adalahTeng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Wong Keat Ping, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman.

Sebelum dipecat, enam Exco DAP dan PKR dalam satu kenyataan media bersama menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan termasuk memecat exco tanpa melalui proses undian.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Sikap tamak pemimpin Islam terhadap kuasa berbanding kepentingan agama akan hanya menyebabkan kehancuran kepada umat Islam.

    Sikap tamak sedemikian juga boleh membawa kehancuran kepada negara Islam, selain mencalar kesucian agama Islam itu sendiri.

    Pemimpin Islam sepatutnya lebih mengutamakan usaha mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam, mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

    Sikap tamak kuasa itu juga boleh membawa kepada hilangnya kemuliaan agama dan umat Islam itu sendiri apabila mereka saling bertelagah sesama sendiri semata-mata hendak mengejar kuasa.

    Lebih buruk lagi, akibat tamakkan kuasa, mereka sanggup pula bersekongkol dengan golongan kafir atau munafik, sedangkan sesama Islam sering bertelagah.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    BalasPadam
  2. Fire him and bayar RM3 in lieu of 3 bulan notice. Kasi lepas itu anjing.....dia sudah tua tak bole gigit lagi.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh gigit tapi...masih lagi mampu toron belakang

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.