Ahad, 10 Ogos 2014

Rafizi Dedahkan Ramai Pemimpin PAS Mahu Khalid Ibrahim Dipecat

    9:00:00 PTG   4 comments


Kepala KAJANG MOVE yang mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas Anwar Ibrahim gagal dan tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, Rafizi Ramli, sekali lagi melakukan pembohongan bersiri tanpa rasa malu, segan atau takut.

Dalam satu ceramahnya semalam, Rafizi memberitahu hadirin bahawa sebenarnya yang mengusulkan agar Khalid Ibrahim dipecat daripada menjadi Menteri Besar Selangor adalah PAS. Malah PAS jugalah yang membuat aduan tentang Khalid Ibrahim sehingga akhirnya PKR tidak ada cara lain, melainkan mendesak Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, dan selepas Khalid gagal berbuat begitu, dia dipecat.

Kalau kita ingat balik, inilah modus operandi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim setelah dia dipecat daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri selain jawatan-jawatannya dalam UMNO. Pembohongan dilakukan secara berterusan dan dengan sebebas-bebasnya, malah tanpa segan dan malu, mengaitkan apa-apa sahaja untuk menunjukkan kononnya  mereka di kalangan orang yang benar.

rafizi-dedah-pas

Bagaimana Rafizi hendak menerangkan, masalah tentang Khalid Ibrahim bermula selepas Khalid Ibrahim enggan melepaskan konsensi kepada taukeh-taukeh DAP yang memberi komisyen kepada beberapa orang pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli sekiranya SYABAS, ABAS, LUAS dan SPLASH berjaya diserahkan kepada penguasaan DAP.

Skandal SPLASH melibatkan pemimpin-pemimpin DAP seperti Teresa Kok dan Tony Pua masih belum dapat diselesaikan sehingga kini ekoran Khalid Ibrahim membuat keputusan untuk memeterai perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Loji Sungai Langat II.

Kandang babi mega yang merupakan buah fikiran DAP, terang-terang telah ditolak oleh Khalid Ibrahim meskipun secara zahirnya Khalid telah memberikan persetujuan kononnya Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya akan membina kandang tersebut. Kegagalan Khalid meneruskan projek mega itu, menyebabkan DAP rugi beratus-ratus juta Ringgit.

Namun skandal yang paling besar, melibatkan ramai pemimpin PKR sekaligus mendedahkan tentang rasuah, penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan kewangan terbesar dalam sejarah Selangor adalah skandal tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual kepada Tropicana yang kemudian dijual pula oleh Tropicana kepada Eco-World.

Tropicana merupakan milik penuh Danny Tan dan Vincent Tan yang merupakan penyumbang dana terbesar kepada DAP dan PKR.

Rafizi dan Saifuddin Nasution cuba menjadikan skandal tersebut satu kesalahan kepada Khalid Ibrahim sedangkan yang membuat keputusan tentang penjualan tanah tersebut adalah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah GLC yang terdiri daripada pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP.
Lain-lain masalah yang dibangkitkan contohnya Lebuhraya KIDEX, secara jelas merupakan pembohongan terancang dengan alasan-alasan tersebut diada-adakan. INi adalah kerana Lebuhraya KIDEX adalah lebuhraya aya yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Par apemimpin DAP dan PKR yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah, berang apabila mendapat tahu, Khalid Ibrahim tidak menggunakan kuasanya untuk melantik syarikat-syarikat proksi PKR dan DAP menjadi pemegang konsesi dalam pembinaan lebuhraya tersebut.

PAS pula telah menzahirkan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tanpa sokongan daripada PAS, amat mustahil PKR boleh memenuhi hasrat dan kehendak Anwar Ibrahim untuk menjarah, merompak dan menyeleweng wang Selangor sebanyak RM3 bilion hasil kerja keras Khalid dan peninggalan Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

Disebabkan itulah, dalam ceramahnya, Rafizi Ramli cuba mengaitkan PAS dan cuba meyakinkan para pendengar bahawa KAJANG MOVE adalah buah fikiran PAS, sedangkan semua itu berlaku selepas Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pakatan Rakyat hanya memperolehi 89 kerusi Parlimen dan tidak layak menguasai Putrajaya kerana majoriti mudah yang diperlukan adalah 112 kerusi Parlimen.

Tidak syak lagi, Rafizi Ramli sebenarnya cuba memberikan tekanan kepada PAS agar PAS terus bersetuju dengan rancangan jahat Anwar Ibrahim.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Woi Rafizi Pondan, satu hari akan jatuh tersungkur juga. Tak selalu semua orang dapat ditipu. Apabila semua penyokong PR buka mata, ketika itu tiada tempat untuk manusia munafiq ini.

    BalasPadam
  2. muka rafizi ni penuh taik....najis..tuihhhhh

    BalasPadam
  3. (( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

    Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

    UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

    Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

    Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

    Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


    Sumber
    >>> Klik Di Sini

    BalasPadam
  4. Hampa punya hanyir nak libatkan UMNO kenapa. Pakatan tu kuat sangat kenapa takut dengan UMNO yang ada kerusi DUN paling ciput.

    Sudah sah Anwar juboq tu nak bini dia jadi MB. Ahli bodoh macam hampa saja sanggup jilat lubang kunyit Anwar. Rafizi bapok punya agenda Kajang Move kepala otak dia. Padan dengan muka. Nak perlingkup orang lain sendiri punya parti yang lingkup.

    Pi mampus sama PKR. Bau hanyir...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.