Sponsored

Jumaat, 12 September 2014

Anwar Akan Sokong Perlaksanaan GST Jika Dilantik Menjadi Menteri Kewangan

anwar-menteri-kewangan

Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam satu laporan media hari ini telah menafikan bahawa dirinya menyokong perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang ditentang oleh Pakatan Pembangkang (PR) hari ini.

Penafian tersebut terpaksa dilakukan setelah Perdana Menteri, Najib Razak dalam ucapanya baru-baru menyatakan bahawa Ketua Pembangkang PR itu bersetuju terhadap perlaksanaan GST di negara ini semasa menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Dalam kenyataan balas terhadap pendedahan Najib itu, Anwar mendakwa kenyataan Perdana Menteri terhadap isu GST yang mengaitkan dirinya sebagai satu cubaan untuk megelirukan rakyat, tidak jujur dan cuba menjatuhkan reputasinya selaku Ketua Pembangkang.

Menurut rekod, pada 30 Oktober 1992, Anwar pernah menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan (1993) dan turut menekankan kadar cukai baru tersebut mesti bermula pada kadar rendah.

Namun, impian Anwar ingin melihat GST dilaksanakan terbantut apabila suami kepada Wan Azizah itu didapati terlibat dengan amalan seks luar tabe'i sehingga memaksa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Mahathir memecat Anwar dari keahlian UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandangnya.

Tindakan Anwar cuba berdolak-dalik menafikan sokonganya terhadap perlaksanaan GST sebelum ini dilihat sebagai usaha untuk menutup sikap hipokritnya supaya tidak diketahui oleh penyokong dan rakan sekutunya dalam Pembangkang walau ada di antara mereka sudah menyedari akan perangai sebenar manusia  yang pernah digelar 'Anugerah Tuhan' oleh isteri sendiri.

1 ulasan:

  1. Jika Al-Juburit dh taruk lubang kunyit, dia nak mengaku ka? Itu ciri manusia munafik lagi jijik...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..