Pendirian Penasihat PKR, Anwar Ibrahim atau lebih mesra dengan jolokan KETUM (Ketua Umum) yang bermati-matian mahukan isterinya Wan Azizah Wan Ismail Menjadi Menteri Besar sudah menjadi isu keingkaran ketua pembangkang Pakatan Rakyat (PR) itu atas titah Sultan Selangor.
Agak menghairankan apabila Anwar bersikap begitu ekstrem. Bapa kepada Nurul Izzah ini tentunya faham bahawa Sultan Selangor ada kuasa bukan sahaja untuk meminta lebih nama calon selain Wan Azizah, malah dalam melantik Menteri Besar sebagaimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959.
Sangat menyedihkan kerana pemimpin Melayu sendiri yang sesuka hati mengambil tafsiran dan tindakan yang songsang ke atas titah Tuanku sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya Raja, Sultan Selangor atau Anwar Ibrahim?.
Sepatutnya jika benar Anwar mahu berjuang demi kepentingan rakyat, mengapa ketua pembangkang PR itu tidak bersikap terbuka untuk mecalonkan lebih dari satu nama selain diri nama isterinya.
Tindakan Anwar yang berkeras mahukan isterinya menjawat jawatan menteri besar seolah-olah bakal banduan Sg. Buloh itu tidak mempercayai Adun-Adun dari partinya yang lain. Anwar memerlukan seorang yang boleh dijadikan boneka untuk menjaga kepentingan dirinya dan sudah tentu individu itu mestilah dari kalangan ahli keluarganya.
Tidak mengejutkan sekiranya sele[as ini Wan Azizah sudah tidak berupaya menjadi Menteri Besar, Anwar pula mahukan anak sulungnya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mewarisi jawatan tersebut dari ibunya dan yang terus kempunan dalam hal ini ialah Azmin Ali walau berjawatan nombor dua dalam parti.
Perkembangan terbaru yang berlaku ini menyerlahkan lagi amalan politik kotor dan jijik PKR. Dari budaya demostrasi liar, rusuhan dan isu pergaduhan sesama sendiri hinggalah melawan titah Sultan. Apakah ini yang Anwar mahu corakkan?
Pihak yang paling banyak mengaut keuntungan dalam kemelut perebutan jawatan menteri besar di Selangor sudah tentulah DAP kerana ada pemimpin Melayu sedia menjadi alat untuk menjayakan agenda mereka turtama sekali usaha untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi penghalang selama ini.
Nota: Nukilan Awang Selamat yang diubah suai
Agak menghairankan apabila Anwar bersikap begitu ekstrem. Bapa kepada Nurul Izzah ini tentunya faham bahawa Sultan Selangor ada kuasa bukan sahaja untuk meminta lebih nama calon selain Wan Azizah, malah dalam melantik Menteri Besar sebagaimana telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959.
Sangat menyedihkan kerana pemimpin Melayu sendiri yang sesuka hati mengambil tafsiran dan tindakan yang songsang ke atas titah Tuanku sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya Raja, Sultan Selangor atau Anwar Ibrahim?.
Sepatutnya jika benar Anwar mahu berjuang demi kepentingan rakyat, mengapa ketua pembangkang PR itu tidak bersikap terbuka untuk mecalonkan lebih dari satu nama selain diri nama isterinya.
Tindakan Anwar yang berkeras mahukan isterinya menjawat jawatan menteri besar seolah-olah bakal banduan Sg. Buloh itu tidak mempercayai Adun-Adun dari partinya yang lain. Anwar memerlukan seorang yang boleh dijadikan boneka untuk menjaga kepentingan dirinya dan sudah tentu individu itu mestilah dari kalangan ahli keluarganya.
Tidak mengejutkan sekiranya sele[as ini Wan Azizah sudah tidak berupaya menjadi Menteri Besar, Anwar pula mahukan anak sulungnya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mewarisi jawatan tersebut dari ibunya dan yang terus kempunan dalam hal ini ialah Azmin Ali walau berjawatan nombor dua dalam parti.
Pihak yang paling banyak mengaut keuntungan dalam kemelut perebutan jawatan menteri besar di Selangor sudah tentulah DAP kerana ada pemimpin Melayu sedia menjadi alat untuk menjayakan agenda mereka turtama sekali usaha untuk menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu yang menjadi penghalang selama ini.
Nota: Nukilan Awang Selamat yang diubah suai
Jom bungkus kan kroni nuar aljuburi di prn nanti......
BalasPadam