Khamis, 4 September 2014

Sah! Hadi Hantar 3 Nama Calon Pas Selangor Lawan Wan Azizah

    11:13:00 PTG   5 comments

mb-selangor-pas

IMPIAN Anwar Ibrahim yang ingin melihat isterinya menjadi Menteri Besar (MB) Selangor bakal berkecai apabila Presiden Pas, Hadi Awang telah menghantar tiga nama dari parti itu untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar.

Hadi Awang dalam satu kenyataan kepada media menjelaskan bahawa surat yang ditandatanganinya dan di hantar ke Istana itu turut menamakan tiga Adun Pas Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Pembantu kanan Presiden Pas ketika dihubungi mengesahkan surat tersebut yang mengandungi tiga nama Exco Pas itu telah dikemukakan kepada pihak Istana dan kini terpulang kepada budi bicara Tuanku dan kepimpinan parti untuk membuat keputusan tentang perkara ini.

Menurut kenyataan beberapa pemimpin PKR yang mengetahui berita tersebut menyifatkan tindakan Hadi Awang menamakan calon Pas untuk jawatan MB Selangor tersebut sebagai satu tindakan yang bertentangan dan telah melanggar perjanjian yang dimetrai sebelum ini untuk menyokong isteri kepada bakal banduan Penjara Sg. Buloh yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu pribadinya sebagai MB Selangor yang baru.

Tindakan Hadi Awang menghantar tiga nama calon Pas  untuk berentap dengan Wan Azizah dalam pemilihan calon MB Selangor dilihat sebagai tanda-tanda awal bahawa parti Islam itu  sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad ketika ditanya tentang kebenaran perkara tersebut menafikan  bahawa namanya turut dihantar sebagai calon Menteri Besar.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. tinggalkan saja..dulu boleh bergerak sendiri xde masalah pun..

    BalasPadam
  2. PAS bukannya setahun jagung
    PAS boleh berdiri sendiri

    BalasPadam
  3. Agak2 x boleh ke depannn
    U Turn balik..
    Bkn x biasa..

    BalasPadam
  4. agak-agak tak boleh u turm..gostan..tak boleh gostan..terjun parit

    BalasPadam
    Balasan
    1. KALAU SEMUA XBOLEH MATI KEJUNGLAH AKHIRNYA.

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.