Ahad, 7 September 2014

Hadi Awang Sindir Isteri Anwar Ibrahim Pemimpin 'Menopause'

    12:04:00 PG   5 comments

wan-azizah-hadi-menopause

Faktor kebolehan atau kelayakkan isteri Anwar Ibrahim untuk menyandang jawatan ketua pentadbir negeri Selangor menjadi punca utama kenapa Preseiden PAS, Hadi Awang menolak pencalonan Wan Azizah untuk jawatan tersebut.

Hadi Awang dalam satu kenyataan medianya hari ini menafikan bahawa isu penolakan pencalonan Wan Azizah sebagai calon pilihan untuk jawatan Menteri Besar (MB) Selangor itu berkaitan dengan faktor jantina.

Ketika bercakap dihadapan sekumpulan penyokongnya di Marang, Terengganu semalam, Hadi Awang menjelaskan bahawa isteri kepada Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak dan tidak memiliki kebolehan untuk menjadi seorang ketua atau pentadbir.

Hadi Awang turut mempertikai kewibawan Wan Azizah selaku wakil rakyat dengan mepersoalkan kemampuanya untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan samada di Parlimen atau dalam perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam ucapanya, Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa faktor penolakan PAS  terhadap pencolonan Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR untuk jawatan menteri besar di Selangor bukan kerana faktor gander. Menurut Hadi lagi, keputusan penolakkan tersebut terpaksa dibuat kerana isteri Anwar itu benar-benar tidak  layak dan berkebolehan untuk menjadi seorang ketua.

Pada 17 ogos lalu, Jawatankuasa PAS Pusat telah bermesyuarat dan membuat keputusan sebulat suara mencadangkan nama Wan Azizah, isteri kepada Ketua Pembangkang PR itu serta nama timbalannya Azmin Ali sebagai calon untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Namun selang beberapa hari kemudian, Presiden PAS telah mengemukakan tiga nama calon dari parit itu untuk pertimbangan pihak Istana bagi jawatan MB Selangor yang akan dikonsongkan setelah Khalid Ibrahim secara rasmi meletak jawatan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Janganlah over over sangat hingga sentuh hal peribadi sebegitu....Tuan Haji Hadi belum menopause lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan Anwar .. semua boleh.. semua halal..

      Padam
    2. Men No Pause; Women ada @ umur 50-55 tahun

      Padam
  2. Kalau hadi dah monopos..takde la dia kawin lebih dari satu..

    BalasPadam
  3. ABP.......Asal bukan Pas

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.