Rabu, 29 Oktober 2014

Anwar Bayar Majlis Peguam Untuk Tutup Mulut Berhubug Isu Perlantikan Gopal?

    11:36:00 PTG   4 comments

gopal_sri_ram_sodomi

Badan Peguam Malaysia perlu menjelaskan mengapa Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, Datuk Seri Gopal Sri Ram dibenarkan mewakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes sodominya.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu bertentangan dengan usul badan peguam itu pada mesyuarat agung tahunannya awal tahun ini.

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim-hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang dari mewakili anak guam di mahkamah.

hot-indian-wet-dress
Hot Indian Girl in Wet Dress. More>>
Menurut Tan, jika amalan sedemikian dibenarkan ia mungkin memberi kesan 'intimidasi' terhadap hakim mahkamah, dan lebih buruk lagi, ia memberi persepsi bahawa hakim bersara/peguam berkenaan dan anak guamnya memiliki kelebihan ke atas peguam lain.

"Pemuda Gerakan menggesa badan peguam itu menjelaskan sama ada dalam hal ini terdapat pengecualian istimewa buat Anwar," katanya.

Bagaimanapun, pada September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersara boleh bertindak sebagai peguam dalam kes sivil.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rauf Sharif memutuskan bahawa ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak (seseorang) meraih sumber pendapatan. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. BAR COUNCIL ada agenda sendiri, ramai dalam puak ni tak berpuashati dengan perlembagaan negara.

    BalasPadam
  2. kalu org bawahan yg tidak dikenali macam aku mahukah bekas hakim mahkamah persekutuan ni jadi jurubela di mahkamah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tapi hang kena bayarr leeee

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.