Sabtu, 1 November 2014

Anjur Ceramah Anwar, Fahmi Bakal Dibuang Universiti

    4:01:00 PG   15 comments

anwar-liwat-fahmi

Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan sebuah portal berita online, Fahmi menerima sepucuk surat pada Jumaat dan diminta untuk menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin di universiti tersebut pada 7 November ini.
Dia memberitahu portal tersebut bahawa lapan lagi pelajar lain yang terlibat dalam ceramah itu turut menerima surat daripada universiti berkenaan.

Pada Isnin, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

UM membantah penganjuran ceramah itu dan Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar UM), Prof Datuk Dr. Rohana Yusof berkata kakitangan universiti terbabit diarahkan untuk meninggalkan kawasan sekitarnya pada pukul 4 petang.

Pada pukul 7 malam, dua pintu pagar utama universiti tersebut dikunci dan dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
15 ulasan:
Write comments
  1. Memang itu tindakan yang layak untuknya. Bagai menolong ANJING tersepit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tindakan UM paling berkesan, mana2 pusat pengajian yg ada pelajar kurang siuman jalankan tindakan serupa, buat rangkaian dimana2 tempat tak akan terima pelajar dan rakyaat supaya menjadi amaran keras bagi yg nak cuba2 tunjuk keras kepala.

      Padam
  2. Harap2 jangan cakap je..

    BalasPadam
  3. CONGRATULATIONS FAHMY....
    YOUVE DONE A BRILLIANT JOB.
    AM TRULY SORRY FOR YOUR PARENTS LESS THEY SUPPORT WHAT YOUVE DONE.
    SALUTE TO UM FOR BEING FIRM....... HE DESERVE THE GOOD LESSON.

    BalasPadam
  4. ALHAMDULIL LAAAAAAH

    BalasPadam
  5. Kalau Fahmi dan 8 lagi tidak disingkir dari UM akan ada banyak lagi kejadian seperti ini akan berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul dan memang ada lagi lepas ni bila Nuar masuk jel

      Padam
  6. Belajar dahulu. Dapatkan ijazah. Selepas itu nak masuk politik, masuklah. Apa jadi dengan Adam Adli? Pelajar Cina dan India tumpu belajar. Strategi mereka lebih cerdik daripada pelajar Melayu. Kasihan pelajar Melayu. Mudah diperkudakan.

    BalasPadam
  7. Jiwa muda, semangat lbh.
    Sian kat mak ayah dia.
    Bang Min boleh pertimbang masuk U S'gor kot ?

    BalasPadam
  8. lepas kena tendang UM masuk uni kat US la...apa nak takut ..selangor kaye boleh saja biaya

    BalasPadam
  9. Presiden Mahasiswa UM, En. Fahmi Zainol tahu undang-undang UM tapi masih berkeras mahu Anwar Ibrahim datang berceramah di premis IPTA UM . Bermakna dalam kepala otak PMUM ini apabila berjaya menganjur program sebegini boleh menaikkan rating populoriti diri sebagai seorang mahasiswa hebat dan sudah berjaya menempa nama di arena dunia politik parti pembangkang.
    Boleh beri gelaran baby Anwar kot !!!!!!

    BalasPadam
  10. Bukan setakat demo saja, siap menceroboh UM dengan kekerasan lagi. Cuba bayangkan kalau lagi besar crowdnya dan perkara begini terjadi, Ia merupakan satu ancaman kepada mahasiswa/i lain. Buang universiti saja tak cukup, TINDAKAN UNDANG-UNDANG mestilah dikenakan.

    BalasPadam
  11. kesian mak bapak hang...fahmi...awatla hang jadi tak dak otak bila kena pukau si KETUM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah nak kesian. Mak bapak budak ni lagi suka anak dia kena buang U

      Padam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.