Lebih 250 ibu bapa serta penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mengadakan piket secara aman, di sini, bagi membantah pembinaan pangsapuri perkhidmatan yang terletak 50 meter dari sekolah berkenaan.
Piket yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKA Maahad Hamidiah berlangsung lebih 30 minit sambil membawa beberapa sepanduk tertera ‘Kami Bantah Pembinaan’, ‘Batalkan Projek Pembinaan’, ‘Warga Maahad Hamidiah Membantah’ dan beberapa lagi tulisan lain.
Yang Dipertua PIBG SMKA Maahad Hamidiah, Jazlan Ahmad berkata, bantahan itu dibuat bukan saja kerana projek pembinaan itu terletak begitu hampir dengan sekolah berkenaan, malah didakwa melanggar Garis Panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor berhubung pembinaan pangsapuri perkhidmatan.

“Garis panduan itu menetapkan pembinaan pangsapuri perkhidmatan mesti dibina di dalam zon pusat bandar, terletak berhampiran terminal pengangkutan, kawasan institusi pengajian tinggi (IPT) dan kawasan pembangunan semula bandar.
“Jika dilihat kepada garis panduan diberikan, pembinaan pangsapuri itu langsung tidak menepati syariat ditetapkan kerajaan negeri.
“Kami mendesak supaya pemaju segera menghentikan pembinaan dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan,” katanya selepas piket yang diadakan di hadapan SMKA Maahad Hamidian, di sini, semalam.
Selain pelanggaran garis panduan itu, Jazlan berkata, pihaknya bimbang aspek keselamatan ibu bapa serta pelajar di sekolah berkenaan yang menghantar serta mengambil anak mereka berikutan laluan itu turut digunakan jentera pembinaan.
“Laluan itu amat sempit, jika berselisih sesama kereta pun akan menghadapi kesukaran, apatah lagi apabila laluan itu turut digunakan jentera besar pembinaan.
“Kami tidak mahu apabila ada kemalangan yang meragut nyawa, baru tindakan diambil. Sebelum terjadinya perkara tidak diingini, kami berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu tambahan pula lokasi pembinaan terlalu hampir dengan sekolah,” katanya.
Katanya, kerja pembinaan pangsapuri berkenaan sudah dihentikan buat sementara waktu selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan pemeriksaan serta mendapati terdapat banyak pelanggaran aspek keselamatan di tapak binaan itu.
Biaq pi lar...boleh gerenti ramai cikgu-cikgu kat sekolah tu yang jd pengundi tegar PR....so..rasakan...
BalasPadamSekadar bertanya... apa tindakan pihak pibg seterusnya.. tak nak report sprm ke..
BalasPadam