Ahad, 26 April 2015

TMJ Sindir PAFA Dan Penyokong Bola Sepak Perak Masih Lagi Tinggal Di Atas Pokok

    6:45:00 PTG   5 comments

jdt-perak

Tindakan paling tidak bertanggungjawab sejak tahun 2013 ini jelas menunjukkan sikap yang tiada ketamadunan. Setelah mencetuskan pergaduhan dan membaling objek, kemudiannya takut dan terus membuat laporan.

Sedar atau tidak bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut adalah datangnya dari rata-ratanya bersama keluarga dan anak kecil. Dan yg mengiringi penyokong keluar adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mengapa tidak tanya sendiri kepada PDRM, adakah kami yang mulakan dahulu? Lagu JDT Bangsat mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang 90% penuh di stadium malam itu.

Cadangan kepada badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kalau hendak mengambil tindakan lebih berkesan dendalah pasukan, bukan penyokong. Kerana penyokong tidak peduli kepada bayaran denda yg dikenakan. Dendalah mata pasukan, itu adalah tempias paling berkesan yang akan dirasai oleh semua pasukan termasuk JDT.

Kronologi insiden selepas tamat perlawanan :

Penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

Peberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

Pada jam 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuhraya.


Saya paling pantang menegakkan orang yang bersalah. Sebagai contoh saya telah bubarkan Inter Johor Firm (IJF). Kenapa pasukan lain tidak membubarkan anasir-anasir negatif ini.

Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT. Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya, dan saya akan datang.

Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk di atas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. Balasan
    1. Mesyuarat DUN pun buat bawah pokok..tak pelik

      Padam
  2. Cakap besor, bertumbuk bergaduh kat kelab malam, bentang poster muka anjing di satduim kutuk pak sedara, cakap boleh pakai ker?

    BalasPadam
  3. Dimana ada JDT disitu ada rusuhan..pasukan lain main ada semangat setiakawan..JDT ..sedia lawan samalah Luaskan kuasa mu..kuasa bola hanya dalam negara je..nak masuk asean pun mencungap..ada hati nak masuk asia..apatah lagi dunia..

    BalasPadam
  4. Sombongnya. Lawan Perak yang rata-rata dibarisi pemain muda pun boleh kalah sedangkan pasukan sendiri penuh dengan bintang kononnya. Perak dan pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia mungkin tidak semewah JDT tetapi kena ingat apabila berada di atas masih juga kena pandang mereka di bawah. Semoga berjaya semuanya.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.