Isnin, 7 Mac 2016

Puad Dakwa Serangan Mahathir Terhadap Najib Kerana Mahu Anak Jadi PM

    4:41:00 PTG   3 comments

mukhriz-mat-sabu

Salah seorang dari Ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa motif serangan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bukan sahaja untuk menggulingkan kepimpinanya tapi dalam pada masa yang sama juga mahu anaknya, Mukhriz menjadi perdana menteri.

Dakwaan yang disuarakan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu tidak menyebut siapa bakal menjadi pengganti sekiranya Najib meletak jawatan.

Menurutnya, Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

Jumaat lalu, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari lalu, mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. menteri2 yg bg statement semuanye cuba alih isu. pasal Mukriz nak jd PM lah, Tun M bersekongkol dgn DAP lah..... tp isu yang sebenarnya tidak diselesaikan. ISU 1MDB dan isu "Derma" masih lagi tergantung. Tiada jawapan yg bernas diberikan.

    BalasPadam
  2. Tak payah cakap banyak lah fuad. Aku ahli umno batu pahat tetapi aku dan keluarga telah bersumpah tidak akan mengundi awak pada pru 14.

    BalasPadam
  3. tak payah sumpah kang, terpangkah BN, kena makan sumpah nanti.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.