Sponsored

Ahad, 9 Oktober 2016

Sikit-Sikit Salah Kerajaan


Keluhan Datuk Terlajak Laris kerana hasil jualan produknya menurun akibat krisis ekonomi yang sedang melanda negara hari ini mendapat kecaman netizen.

Sikap beliau yang dilihat cuba menuding jari kepada kerajaan kerana produknya tidak laku telah dibidas oleh salah seorang Facebookers bernama Marissa Rose.

Marissa dalam status Facebook miliknya telah meminta supaya Datuk Terlajak Laris tidak menyalahkan sesiapa terutama sekali pihak kerajaan jika produk jualannya tidak mendapat sambutan atau tidak laku.

Namun sebaliknya, Marissa menasihatkan agar Datuk Terlajak Laris melihat kembali kualiti produk yang dihasilkan samada cukup bagus dan berkesan atau tidak.

Jelasnya, jika Datuk Terlajak Laris sangat yakin dengan tahap keberkesanan produk jualanya, apa yang hendak dirisaukan lagi.

Menurutnya lagi, sekiranya sesuatu produk itu bagus dan memberi kesan seperti yang diharapkan, sudah pasti pengguna akan tetap setia membeli produk berkenaan walau keadaan ekonomi teruk macam mana sekalipun.

Tetapi, sekiranya produk itu berkualiti rendah dan setelah sekian lama menggunakkanya tetapi tidak memberi kesan yang diharapkan, sudah pasti pengguna akan berhenti membeli produk yang dijual.

Bagi penulis, memang ada benarnya apa yang dinyatakan oleh Facebookers berkenaan. Tapi apa boleh buat, memang beginilah sikap orang Melayu. Bila sudah kaya dan hidup senang ucap terima kasih pun tidak.

Apabila ditimpa kesusahan, produk tidak laku, kerajaan pula disalahkan. Pada hal selama ini kerajaan lah yang telah banyak membantu.

Wahai Datuk Terlajak Laris, nikmat Tuhan apa lagi yang hendak kamu dustakan!

3 ulasan:

  1. aku rase bab jualan barang dia menurun tu skit jer...cuma pasal kenaikan harga barang, penurunan nilai matawang dan lambakan rakyat malaysia yang bekerja di australia hingga diberikan penarafan serupa "rakyat indonesia yang bekerja di malaysia" oleh warga australia yang lebih ditekankan. Persoalannya keluhan dia tu betul atau tidak? Mungkin kerana secara x langsung tersentuh kerajaan sanjungan anda, maka anda sebagai jing JIbo pun keluarlah mempertahankan tuan anda sedangkan jauh di dasar hati anda ada kebenaran yang diperkatakan. Atau mungkin anda terlalu mewah untuk merasakan kesannya.tetapi jangan pula semata2 membuta tuli menyokong walaupun salah ya.

    BalasPadam
  2. Produk tak berkualiti, orang Cuba sekali lepaih tu tak beli lagi... Nak bising apa datuk oooii... Masa untung terima kasih pun tidak, masa turun sikit dah bising... Setakat bedak sejuk, inai sapa pun boleh buat dato oooiiii...

    BalasPadam
  3. Kata terlajak laris. Dah tak laku pulak ke dato'? Jual mahal sangat kot. Lain kali jua produk jangan fikir macam orang kaya fikir. Lepas ni kaya kaya kaya... Fikirlah bagaimana orng sederhana dan orang miskin boleh beli produk awak. Tag "terlajak laris" kena tukar jadi "terlajak mahal" kalau macam tu. Duit dah tak berapa ada ni, turunkanlah sikit harga produk tu, biar masyarakat kebanyakan mampu beli produk awak dan naikkan balik tag "terlajak laris" tu...amacam, boleh? Allah uji sikit tu, jangan kuat sangat mwngeluh. Macam tak reti bersyukur dan bersabar pulak.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..