Rabu, 28 Jun 2017

Sebab Kenapa US Sampai Sekarang Tidak Menangkap Jho Low

    10:50:00 PG   No comments

Assalam..Artikel di bawah ini walaupun bukan wak yang tulis, namun apa yang cuba disampaikan oleh si penulisnya berhubung kemelut 1MDB ini dilihat mampu memberi pencerahan kepada kita semua yang sebelum ini tertanya-tanya  kenapa agaknya US sampai sekarang tak tangkap Jho Low..

Mudah-mudahan dengan penerangan ini kita tidak lagi terpedaya denga fitnah pembangkang dan proganda Yahudi-Amerika yang sememangnya tidak pernah senang dan tenteram melihat keharmonian hidup rakyat berbilang bangsa di negara tercinta ini.

jho-low-usa

Berdasarkan afidavit-afidavit saman DOJ ke atas beberapa barangan milik Jho Low dan Riza Aziz,  kita faham bahawa US mendakwa Jho Low menggubah wang haram secara besar-besaran secara berkomplot dengan managing Director IPIC, Khadem Al Qubaisi.

Persoalannya mengapa sehingga sekarang tiada tindakan  jenayah diambil ke atas Jho Low oleh mana-mana negara termasuk US dan UAE?

Mungkin benar seperti kata Peguam Negara Malaysia bahawa tindakan DOJ ini kerana politik sahaja.

Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan kerana 1MDB menyatakan mereka tidak ditipu oleh mana-mana pihak.

Sehingga hari ini 1MDB percaya mereka membuat pelaburan yang betul kepada syarikat IPIC kerana semua transaksi dibuat atas arahan IPIC, kepada sebuah "anak syarikat IPIC" yang mempunyai nama Pengarah Urusan IPIC, Khadem Al Qubaisi dan pengarah eksekutif IPIC Mohamed Al Husseiny.

1MDB tidak boleh mengaku wang yang digunakan oleh Jho Low sebagai wang mereka kerana ia akan mengakibatkan mereka kehilangan pelaburan dalam IPIC.

Justeru 1MDB tetap berpegang teguh bahawa wang mereka yang diserahkan kepada IPIC adalah pelaburan tulen. Apa yang terjadi selepas itu atau adalah tanggungjawab syarikat terbabit.

Jadi kita berharap US atau negara-negara terbabit menangkap dan mendakwa Jho Low.

Yang di Malaysia pula kena faham yang diseleweng ialah wang IPIC bukan wang 1MDB. Sebab itu IPIC pecat kedua-dua pengurusan tertinggi mereka.

Jika 1MDB melaporkan mereka ditipu oleh Jho Low ia akan mengakibatkan mereka hilang berbilion ringgit dan IPIC akan cuci tangan. - Ab Jalil Backer

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.