Sabtu, 19 Ogos 2017

22 Tahun Telah Berlalu Kini Mahathir Berjanji Lagi

    9:44:00 PTG   No comments

janji-mahathir

Mahathir baru-baru ini berjanji akan menjadikan Malaysia lebih gemilang jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.

Apa yang melucukan sekali bila orang tua ini menyatakan kerajaan baru di bawah kepimpinan PH itu akan mentadbir Malaysia dengan penuh “berwibawa” sepertimana pentadbirannya selama 22 tahun dulu.

Penulis yakin kenyataan Mahathir ini sudah pasti akan mengundang reaksi kurang senang dari pemimpin PH lain seperti Lim Kit Siang, Wan Azizah dan membuatkan mereka kini lebih berhati-hati dengan orang tua berkenaan agar tidak menjadi mangsa kezaliman Mahathir sekali lagi.

Peluang untuk menjadikan Malaysia gemilang di bawah pentadbiranya dulu selama 22 tahun telah diberi. Terlalu banyak wang negara difaraidkan kepada anak beranak Mahathir sehinggakan ada di kalangan mereka ini sudah bergelar haratawan, jutawan dan bilionawan.

Itu tidak termasuk harta negara yang dibahagi-bahagikan dengan kroni-kroninya melalui projek-projek yang menjerut leher rakyat hingga ke hari ini seperti IPP, Konsesi Tol dan sebagainya.

Apa yang tak cukup lagi?

Situasi Mahathir kini boleh penulis ibaratkan seperti orang yang sedang kelemasan, di mana disaat-saat akhir nafasnya, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk memaut tahi yang terapung untuk dijadikan pelampung demi menyelamatkan diri serta anak beranaknya.

Penulis dulu pernah kagum dengan corak kepimpinan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, tapi sekarang tidak lagi setelah beliau mengubah kiblat politik serta gelagatnya yang menjadi lebih DAP dari DAP itu sendiri.

Mungkin orang tua ini sedang buang tebiat kut..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.