Isnin, 4 Disember 2017

'Kuda Tua' Dipilih Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan

    12:27:00 PTG   1 comment

azizah-mahathir-kuda-tua

Secara rasminya semalam Pakatan Harapan (PH) sebulat suara mencadangkan nama Mahathir sebagai sebagai calon perdana menteri, manakala isteri kepada banduan liwat, Wan Azizah dicalonkan sebagai timbalanya.

Menurut Wan Azizah pencalonanya sebagai timbalan perdana menteri hanya untuk tempoh tertentu sementara menunggu suaminya, Anwar Ibrahim bersedia mengambil alih jawatan tersebut sekiranya bernasib baik tidak disubat ke dalam penjara sekali lagi (Skandal Forex/BNM).

Bagaimanapun, pencalonan ke atas 'kuda tua' dari PPBM mendapat tentangan dari beberapa pihak yang sememangnya tidak begitu menyukai Mahathir dan partinya.

Pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri sudah cukup membuktikan bahawa parti paling senior dalam gabungan PH iaitu DAP dan PKR tidak memiliki calon berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon.

PRU14 semakin hampir namun sampai sekarang PH masih lagi berbalah dan tidak mencapai kata sepakat dalam menentukan siapa pemimpin utama di kalangan mereka layak menduduki jawatan itu sekiranya menang pilihanraya (minta dijauhi).

Cuba kita bayangkan bagaimana PH hendak mentadbir nergara ini sekiranya pemilihan siapa calon perdana menteri dikalangan mereka pun susah hendak buat keputusan ditambah lagi dengan keadaan parti masing-masing lintang-pukang sudah pasti akan membuatkan hidup rakyat huru hara.

Oleh itu, rakyat diingatkan supaya membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemerintah. Jangan sesekali mengundi parti yang berada dalam gabungan PH kerana akhirnya DAP yang akan berkuasa.

Menukar kerajaan tidak semudah seperti manyalin pakaian. Jika pilihan yang kita buat itu silap semasa memangkah undi, sudah pasti kesan dan akibat buruknya terpaksa ditelan dalam jangka masa yang lama.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.