Isnin, 4 Disember 2017

DAP Fitnah MB Johor Untuk Kaburi Skandal Pasir Melibatkan Azmin Ali

    4:03:00 PTG   No comments

khaled-nordin-dun

Seperti yang dijanjikan, MB Johor, Khaled Nordin hari ini menjawab dengan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembabitan beliau dalam kes rasuah hartanah seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Menerusi satu kenyataan dalam sidang DUN hari ini, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menerima apa-apa bentuk suapan seperti yang difitnah Adun DAP Senai, Wong Shu Qi tempoh hari.

Beliau juga berazam akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan terhadap dirinya dan juga pentadbiranya.

Khaled juga menjelaskan bahawa tuduhan yang dilempar Adun DAP itu dibuat secara 'mala fide' atau dengan niat jahat untuk memalukan dan mencalarkan nama baiknya serta kepimpinan Kerajaan Ngeri Johor.

Fitnah terhadap MB Johor itu sengaja direka DAP bagi menutup isu lebih besar yang sedang melanda negeri yang ditadbir Pakatan Harapan terutamanya di Selangor.

Pada penghujung November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah menahan anak saudara  MB Selangor, Azmin Ali dan tiga individu lagi atas dakwaan terlibat dalam perlombongan pasir dan batu secara haram.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.