Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Ahad, 8 Jun 2014

Kazim Sanggah Fatwa Al-Qaradawi Halal Guna Produk Berasaskan Babi

    6:49:00 PTG   6 comments
Yusuf Al-Qaradawi-babi-halal

Wak J : You are what you eat! Haram tetap haram Sheikh. Akibat terlalu banyak makan makanan yang mengandungi DNA Babi, perangai nanti pun serupa babi juga. Sikit-sikit nak menyondol macam Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan Pembangkang. Babi betul!
 
SHAH ALAM - Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Sumber

Isnin, 5 Mei 2014

Tak Perlu Kecoh GST Hanya 6% Je...

    10:27:00 PTG   2 comments
reset-gst

Wak J: Ada orang tidak kisah jika terpaksa bayar lebih untuk memiliki barangan yang disukai  atau merasai makanan yang digemari tetapi orang ini jugalah yang paling kuat komplen sehingga sanggup berguling-guling atas jalan raya bila disuruh bayar cukai.

Kadar 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan Kerajaan pada April tahun hadapan dilihat tidak memberi kesan langsung pada taraf hidup rakyat jika foto di atas dijadikan rujukan untuk mengetahui tabiat rakyat Malaysia berbelanja.

Jika begini gaya rakyat Malaysia berbelanja, jadi apa signifikanya Pembangkang menganjurkan demo bantahan terhadap perlaksanaan GST pada 1 Mei lepas?

Selasa, 14 Januari 2014

Sambut Maulid Nabi Kerja Tak Sudah..Jom Tampar Mulut Nik Ajis Ramai-Ramai

    12:32:00 PG   4 comments
nik aziz sambut hari jadi

 

Wak J: Salam Maulidur Rasul buat pelayar blog 'Wak Jengkol'. Marilah sama-sama kita mengingati perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Ya Rasulullah, sungguh besarnya pengorbananmu untuk umatmu.
.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak…Aamiin


Klik Iklan: If you are in KL, Selangor and Negeri Sembilan, this could be your ultimate DREAM JOB opportunity

Wak berharap kaki liwat yang mana Nabi tak ngaku umat tu dan juga penghina Nabi yang mendakawa Nabi Muhammad tu sama seperti mamat-mamat kampung lain dan juga para penggadai agama dalam PAS agar segera bertaubat selagi masih sempat.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain dan juga diri wak, diingat supaya jaga kelakuan dan jangan ikut perangai buruk pemimpin Pembangkang

Ahad, 17 November 2013

Akibat Terpengaruh Cerita Lucah, Semakin Ramai Wanita Bedah Alat Kelamin

    12:02:00 PG   3 comments
doktor-bedah-puan
Wak J: Ntah apa-apa lah dia orang ni. Tak cukup sempurnakah alat kelamin yang ada sampai nak kena buat pembedahan. Ini lah akibat kalau kerap sangat berzina, yang rapat atau yang ketat boleh jadi loose dan grip tak kuat. Macam haramjadah betul!

Harap dekat Malaysia tak ada doktor atau pakar bedah pusat rawatan kecantikan sanggup buat pembedahan seperti ini sekiranya ada permintaan dari kalangan wanita tempatan.
Semakin Ramai Wanita Bedah Alat Kelamin

LONDON: Pakar ginekologi di Britain memberi amaran semakin ramai remaja perempuan dan wanita yang menjalani pembedahan kosmetik alat kelamin, berikutan gambaran tidak realistik yang ditonjolkan menerusi pornografi.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menjalankan lebih 2,000 prosedur pengecilan bibir faraj pada 2010, meningkat lima kali ganda dalam masa 10 tahun, kata Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG).

Ini mungkin hanya permulaan berbanding bilangan yang dilakukan di sektor swasta di mana data jarang dikumpulkan, kata Profesor Sarah Creighton, ahli jawatankuasa etika RCOG.

Beliau berkata bahawa tiada pula peningkatan bagi penyakit labial sejak sedekad lalu untuk mewajarkan aliran berkenaan, sebaliknya ia adalah disebabkan kekeliruan mereka mengenai persoalan bagaimana rupa alat kelamin ‘normal’ yang sebenarnya.

“Salah faham ini timbul daripada kecenderungan hanya sejenis rupa alat kemaluan yang ‘kemas’ yang sering kali digambarkan oleh bahan pornografi,” kata seorang ahli falsafah, Thomas Baldwin yang juga berada dalam jawatankuasa etika RCOG. - AFP

Sabtu, 16 November 2013

Bertudung Tapi Boleh Disentuh-Sentuh..Asalkan Berlapik!

    5:40:00 PTG   No comments
laki-wanita-berlapik

Wak J: Ada pendapat sesat kata, kalau masa berzina pakai kondom tak haram sebab BERLAPIK. Sebab tu bila ada orang buat benda haram ni tak rasa bersalah walau dah kantoi macam kes Anwar Berahim dan Stopa Ali.

Sama juga seperti situsai yang dapat kita lihat pada gambar di atas, bezanya cuma bukan aksi zina seperti yang dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Bagi golongan yang kononya 'Open Minded' menganggap laki bukan muhrim menyentuh wanita bukan muhrim dibolehkan asalkan  BERLAPIK. Yang menjadi tanda tanya, betul ke jantan-jantan yang ada dalam klip video rancangan Sunsilk Hijabku, Gayaku tak bernafsu, 'adik' tak naik bila bersentuhan dengan model-model tudung cantik lagi menghairahkan.

Rasa macam tak sesuai rancangan realiti  yang dihostkan oleh Diana Amir ni. So..Apa komen anda tentang isu ini? Tapi sebelum tu, kasi tengok dulu sampai habis baru bagi pendapat atau kritikan yer.

Rabu, 11 September 2013

Gadai Kalimah Allah, Khalid Samad Bakal Jadi Penghuni Tetap Neraka?

    12:19:00 PG   1 comment
khalid-samad-gereja

Pendirian Khalid Samad berhubung isu kalimah ALLAH dari dulu hingga sekarang memang  tak pernah berubah walau Majlis Syura PAS telah mengeluarkan ketetapan bahawa terjemahan perkataan God atau Lord dari mana-mana agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH kerana ia adalah salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Tidakan Khalid Samad cuba membelakangkan ketetapan yang dibuat oleh majlis syura Ulamak Pas dalam isu kalimah ALLAH ini seolah-olah menganggap dirinya lebih alim dan lebih bijak dari ulama-ulama yang menganggotai majlis syura Pas.

MP Shah Alam itu juga dalam twitternya semalam  telah meminta agar mana-mana pihak yang mempertikai pendirianya tentang kebenaran pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dapat mengemukakan  dalil Quran atau hadis Nabi yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tersebut (ALLAH).

Bagi umat Islam, isu kalimah ALLAH adalah persoalan aqidah. Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar zahrah sekalipun dalam isu ini. Jika dalam mempertahankan kalimah ALLAH kita dilabel ekstremis, maka kita rela digelar ekstrimis daripada menjadi peliwat aqidah. Jika membela kalimah ALLAH kita dilabel jumud, maka lebih baik manusia menggelar kita jumud daripada ditempelak ALLAH sebagai pengamal syirik!

Cubaan dan usaha gigih puak kristian termasuk pihak gereja yang beriya-iya mahu menggunakan kalimah ALLAH sangatlah mencurigakan! Apakah sebenarnya niat mereka?

Dalam keadaan serangan bertubi-tubi gerakan kristianisasi dalam isu kalimah ALLAH, dengan disokong oleh segelintir agamawan sesat dan politikus rakus dikalangan kita; marilah kita sama renung dan fikirkan, adakah kita yakin apabila anak kita menyebut dua kalimah syahadah iaitu "Tiada Tuhan melainkan ALLAH”, anak kita betul-betul faham bahawa maksud ALLAH Hu Ahad itu bermajsud ALLAH Maha Esa, ataupun dia memahaminya sebagai ALLAH Triniti iaitu ALLAH Bapak, ALLAH Putera, ALLAH Ruh Kudus?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing wahai bapa-baba dan ibu-ibu...
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.