Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Najib Razak. Papar semua catatan

Selasa, 7 Januari 2014

"Former Prime Minister" PEMANDU Jadikan Najib Razak Bahan Jenaka

    12:37:00 PG   No comments
najib-pemandu-bas
 
Amat memalukan Dato Sri Najib Razak dan ianya menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Keculasan pegawai PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB PM Dato Sri Najib Razak "Former Prime Minister" sememangnya satu keceluparan yang tidak sewajarnya dilakukan. Ini menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan juga satu hal yang telah memperlekehkan YAB PM Malaysia dimata pandangan umum.

Saya melihat apa yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu sebenarnya merupakan cakap cakap dikalangan mereka pegawai di dalam PEMANDU itu sendiri saban hari. Pernah ada pegawai PEMANDU menyatakan bahawa kepimpinan Dato Sri Najib Razak tidak akan kekal lama kerana Najib Razak akan didesak untuk berundur seperti mana yang Pak Lah Perdana Menteri terdahulu alami. Hari ini ianya menjadi kenyataan dengan status Twitter milik PEMANDU dibawah Menterinya Dato Sri Idris Jala.

Apakah PEMANDU boleh dipercayai setelah apa yang berlaku hari ini? Pada saya Dato Sri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas di atas keculasan Dato Sri Idris Jala dan PEMANDU. Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memecat pegawai PEMANDU yang mengeluarkan kenyataan "Former Prime Minister".
 
Pemandu-najib
 
Tindakan kedua yang perlu dilakukan oleh YAB PM adalah dengan melakukan "POST MOTERM" ke atas PEMANDU kerana ianya semakin tidak relevan dengan keadaan Malaysia hari ini. Adalah wajar untuk unit PEMANDU dibawah Dato Sri Idris Jala dimansuhkan dan tugas yang dilakukan diserahkan semula kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Saya melihat semakin meningkat gerakan untuk menjatuhkan kreabiliti YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak waktu ini dan ianya dibuktikan dengan keculasan pegawai pegawai sekeliling YAB PM itu sendiri. Omar Ong, Idris Jala, Media PMO semuanya merupakan pekara yang perlu dilakukan Post Moterm oleh YAB PM. Sabotaj dari dalam semakin menjadi jadi dan ini akan berterusan selagi YAB PM sendiri tidak mengambil tindakan drastik dalam pekara ini.

"Pegawai RTM yang menyiarkan suara sewaktu Timbalan Perdana Menteri berucap secara LIVE di PAU sudah diambil tindakan dan dipecat"

"Artis grafik RTM dipecat ekoran salah caption."

Jadi apa pula tindakan kepada mereka yang telah membuat keculasan ke atas YAB PM ini? Mereka ini wajib dipecat dan ianya perlu dilakukan seberapa segera sebelum sabotaj dari dalam bertambah parah.
 

Ahad, 15 September 2013

Cina DAP Gelabah Bila Najib Bersungguh Mahu Memperkasa Ekonomi Bumiputera

    2:13:00 PG   16 comments
najib-perkasa-ekonomi-bumiputera

Keraguan dan kebimbangan orang Melayu serta kaum Bumiputera terhadap kepimpinan Dato Sri Naib selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) hari ini semuanya terjawab dengan pelancaran program Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Sendiri.

Ketika berucap di majlis itu, Dato Sri Najib telah mengumumkan beberapa langkah untuk meningkatkan ekonomi bumiputera. Terdapat lima strategi utama yang akan memayungi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan mengetuai program tersebut.

1 Mendaya Modal Insan Bumiputera
2 Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat
3 Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera
4 Memperhebat Keusahawanan Dan Perniagaan Bumiputera
5 Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

Perdana Menteri dalam ucapanya turut melafazkan ikrar, selagi ada bulan dan bintang di langit dan selagi hayat dikandung badan, survival orang Melayu dan kaum Bumiputera tetap akan menjadi keutamaan dalam perjuangan hidupnya sampai bila-bila.

Dalam upacara itu juga, Perdana Menteri turut berjaya menarik perhatian umum dengan mengumumkan beberapa perkara menarik yang akan memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera. Melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kerajaan akan melancarkan unit amanah saham ASB 2.0 dengan RM10 bilion unit saham. Selain itu tambahan enrolmen pelajar UiTM sebanyak 250,000 menjelang 2020 dan penambahan kampus-kampus baru di seluruh negara.

Perdana Menteri juga menggesa kepada semua CEO agar menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera dalam syarikat GLC. Dato Sri Najib juga menegaskan bahawa perkara ini wajib dimasukkan sebagai KPI kepada CEO syarikat masing-masing.

Najib-Perkasa-ekonomi-Bumiputera-2

Dana tambahan berjumlah RM700 juta juga telah diberi kepada TEKUN Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Menurut Perdana Menteri, bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 orang menjelang tahun 2015, manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkan kepada 500,000 orang pada tahun 2015.

Sudah tentu dengan pengumuman penting ini melalui program Memperkasa Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan itu dapat memberi banyak manfaat kepada kita semua. Peluang seperti harus direbut oleh kita semua agar segala peruntukan dan juga dana yang disediakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup Bumiputera tidak disia-siakan begitu sahaja.

Diharap selepas ini tidak lagi kedengaran suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati atau mempertikai tindakan Dato Sri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dalam usahanya melancarkan sistem pentadbiran negara dan meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera. Melalui agenda memperkasa ekonomi Bumiputera ini juga telah membuktikan komitmen beliau selaku orang Melayu yang tidak  akan sesekali meminggirkan bangsa dan juga nasib kaum-kaum lain di bawah jagaanya.

nga-kor-ming-twitter

Baru sehari penguman Perdana Menteri  berhasrat mahu memperkasa ekonomi Melayu dan Bumiputera, sudah ada pihak yang mula terasa bahangnya. Tentu sekali pihak itu Cina DAP. Nga Kor Ming dalam Twitter-nya menganggap penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera ini sebagai bersifat perkauman dan meminggirkan kaum bukan bumiputera.

Apa lagi Nga Kor Ming dan DAP mahu? Nasib kaum bukan bumiputera di negara ini suduh cukup baik dan terbela di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada. Oleh kerana orang Melayu dan Bumiputera telah memberi mandat sekali lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan pada PRU13 lepas, maka memang  wajarlah  sokongan mereka ini dibalas kembali.

Adakah selepas diberi betis dan peha, pihak-pihak jenis tidak pernah berterima kasih ini perlu diajar dengan KAPAK supaya mereka lebih menghargai kedamaian dan kemakmuran hidup di Malaysia!

Rabu, 4 September 2013

Bina Lebih Banyak Kedai Rakyat 1Malaysia Kalau Najib Nak Selamat

    1:11:00 PG   5 comments
najib-kedai-rakyat

Kecoh pasal pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen yang baru diumumkan kerajaan baru-baru ini masih lagi belum reda. Baik di laman sosial, kedai kopi mahu pun di persimpangan lampu isyarat, isu ini masih lagi hangat diperkatakan.

Ingatkan rakyat Malaysia sudah biasa dengan kenaikan harga minyak memandangkan ini bukan kali pertama subsidi terhadap bahan api itu dikurangkan secara berperingkat, tapi malangnya tidak.

Semasa pemerintahan Tun Mahathir dulu, kenaikan harga minyak diimbangi dengan kenaikan cukai hiburan, cukai korporat, cukai minuman keras, rokok dan sebagainya. Dengan cara itu, ekonomi negara terus rancak dan rakyat juga tidak marahkan kerajaan.

Tapi itu dulu mana nak sama dengan zaman Najib sekarang yang mana cabaranya lebih besar dan sangat memeningkan kepala. Namun tak salah sekiranya Najib mahu meniru pendekatan yang diambil oleh Tun M dulu dalam mengawal ekonomi negara untuk diaplikasikan dalam plan transformasi kerajaan (GTP) sedia ada sebagai nilai tambah.

Perkara paling merisaukan rakyat ekoran dari kenaikan harga petrol ini sudah tentu peningkatan terhadap kos barang keperluan harian. Untuk menenangkan hati mereka ini hanya satu cara sahaja dilihat berkesan buat masa ini perlu dilakukan kerajaan iaitu dengan mewujudkan lebih banyak cawangan kedai rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Memandangkan tempoh PRU14 lama lagi, dengan mandat yang ada sekarang rasanya cukup untuk Najib melaksanakan segala plan trasformasinya yang telah dirancang sebelum ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Diharap Najib dapat menggunakan peluang ada ini sebaiknya.

Selasa, 3 September 2013

Ramai Jadi Orang Minyak Bila Harga Minyak Naik!

    12:56:00 PG   8 comments

Diberitakan lepas tengah malam ini, 3 September 2013 harga minyak petrol Ron 95 akan naik sebanyak 20 sen.

Seperti biasa, bila setiap kali diumumkan harga petrol naik, pasti ramai dari kita yang mana tahap imanya senipis kulit bawang, mula terlupa bahawa setiap yang berlaku ini adalah  ketentuan Illahi.

Bagi yang menyokong dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU13 lepas, mula merasa marah dan geram kerana kenaikan ini. Tak kurang juga ada yang menzahirkan rasa kesal kerana tidak memangkah Pembangkang hanya disebabkan minyak Ron 95 naik 20 sen.

Jangan kerana harga minyak naik 20 sen kita jadi manusia hilang pedoman seperti penyokong PR. Mungkin ada sebab rasional mengapa Kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak pada waktu ini.

Tak guna kita marahkan Najib sampai terkeluar anak tekak atau tercabut butang keyboard sekalipun kerana pada akhirnya tangki minyak kenderaan kita juga perlu di isi tak kira banyak mana kenaikan harga minyak diumumkan.

'Setakat minyak naik 20 sen apa lah sangat' (pinjam ayat fesbuk)...Jangan kerana 20 sen kita terus lupa segala bantuan atau subsidi lain selain dari minyak yang telah diberikan Kerajaan selama ini. Tak salah sekiranya hendak mengkritik atau meluahkan rasa tidak puas hati tapi jangan lah melampau sampai mahu menjatuhkan pemimpin yang kita sendiri naikkan. Kalau Najib disuruh letak jawatan, siapa pula yang akan menggantinya?...Anwar? 

Ramai bimbang jika harga petrol naik sudah tentu akan menyebabkan harga barang keperluan lain juga turut naik. Sudah tentu peluang ini akan digunakan oleh pihak tertentu seperti orang tengah Cinabeng, peniaga Cinabeng dan peruncit Cinabeng menaikkan harga barang keperluan  dengan alasan peningkatan kos penghantaran dan pengangkutan.

Jadi, untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan dan mengurangkan keresahan di hati rakyat, pihak kerajaan kali ini perlu lebih tegas menangani masalah kenaikan harga barang dengan lebih banyak melakukan penguatkuasaan melaui agensi terlibat.

PRU14 bakal menjadi penggal terkahir buat Najib sebagai Perdana Menteri sekiranya perancangan kerajaan menaikkan harga minyak GAGAL mengawal peningkatan kos barang kerperluan harian hingga menyebabkan rakyat marah. Oleh itu Najib perlu menilai semula khidmat 'punahsihat' yang berada disekelilingnya kerana mereka ini dilihat sedang membawa malapetaka besar kepada kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Sebagai rakyat, kita juga perlu faham dengan situasi yang dialami oleh kerajaan. Tambahan pula dengan keadaan dunia hari ini yang tidak menentu terutamaya pergolakkan yang sedang berlaku di negara timur tengah. Tidak kira macam mana pun kerajaan berusaha untuk bantu meringankan beban rakyat, kita juga perlu ingat sesungguhnya kenaikan kos dalam hidup tetap akan berlaku walau macam mana cara sekalipun kita cuba mengelaknya.

Rabu, 28 Ogos 2013

Betul Ke Bos Perkasa Tak Restu Tindakan Irwan Fahmi Ungut Najib Letak Jawatan?

    10:06:00 PTG   2 comments
Irwan Fahmi Ideris Perkasa
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya Di Gadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.  Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan.

Menurut Datuk Abd. Rahman, Perkasa sedia memberi masa kepada Dato’ Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina.

Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut, Dato’ Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.  Dengan itu, Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa.

Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.  Oleh itu, kita pasti, jika Perkasa inginkan Dato’ Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri, bukan orang lain.

Memandangkan Dato’ Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini, maka kita pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi.

Nampaknya, Irwan Fahmi telah tersalah langkah.  Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.  Namun, beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.  Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik.

Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik, kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Dato’ Seri Najib cukup maklum mengenainya.  Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung, seibu dan sebapa, sebangsa dan seagama.  Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.   

Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau, tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya, pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya. 

Selasa, 30 Julai 2013

Gila! Najib Tawar Jawatan TPM Pada Anwar..Muhyiddin Nak Letak Mana?

    12:41:00 PG   10 comments
anwar-temberang-najib

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Sinar Harian

Wak J: Memang gila betul jika benar dakwaan Anwar mengatakan bahawa Najib Razak pernah menawarkan kepadanya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa lawatan ke Indonesia tak lama dulu.

Namun Anwar dalam kenyataan medianya hari ini telah menolak tawaran tersebut kononya bukan sebab dia gila kuasa sangat dengan jawatan TPM tapi apa yang ditawar Najib itu tidak sesuai dan tak standard untuk dirinya.

Mungkin Anwar akan bekerjasama dengan BN dan sanggup meninggalkan rakan-rakanya dalam Pakatan Pembangkang sekiranya Najib Razak  sanggup menawarkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Patut pun bukan main mesra lagi Najib dan Anwar semasa hari mula-mula sidang dewan Parlimen dibuka dulu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Biar pun ramai yang tak percaya Najib Razak sanggup menawarkan jawatan TPM kepada Anwar dan mengetepikan Muhyiddin selaku timbalanya sekarang, namun perkara sebegini tidak mustahil berlaku dalam dunia politik hari ini.

Bagi siapa yang dah masak dengan perangai Anwar, pasti sudah boleh baca dan tahu bila masa Anwar sedang menjual temberang dan putar belitnya. Jagan sampai kena kencing sudah.
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.