Ahad, 15 Ogos 2010

Apabila Mr Bean Pas bersuara di bulan Ramadhan

    4:27:00 PG   2 comments


KUALA LUMPUR, 14 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya para pemimpin Umno menanggung beban kesalahan dan dihukum akibat perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu.

Mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja itu, Mahfuz menyifatkan mereka adalah mangsa penganiayaan politik perkauman sempit Umno.

"Hampir semua pihak sependapat bahawa kedua-duanya adalah mangsa hasutan Umno yang membakar api perkauman sempit dengan pelbagai provokasi ketika isu kalimah Allah dahulu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut beliau, propaganda perkauman sempit Umno yang bertujuan hendak memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu supaya menyokongnya menyebabkan munculnya pelbagai pihak yang kononnya hendak menjadi jaguh membela kesucian Islam. Berita merapu seterusnya di sini

Wak J say

Alahai apa lagi yang tak kena degan Mr Bean Pas ini, terlupa makan ubat kut masa sahur tadi. Tak sudah-sudah menyalahkan pihak lain yang tidak ada kena mengena langsung dengan insiden tersebut. Malam tadi berita tv ada bagi tahu mereka yang terbabit dalam insiden bakar geraja telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman. Wak anggap isu ini selesai, atas apa jua sebab mereka melakukan perbutan sedemikian, wak tak mahu tahu kerana masing-masing mempunyai akal fikiran yang waras untuk membezakan yang mana baik dan buruk di sisi agama islam.

Sebagai seorang muslim yang baik serta mewakili parti politik berjenama islam, kata-kata tuduhan seperti itu sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang pemimpin yang selama ini mendabik dada mengatakan dia lebih tahu tentang islam dari orang lain. Menurut si Mr Bean ni semua pihak sependapat bahawa kedua-dua malaun ini adalah mangsa hasutan UMNO, wak pun tak pasti pihak mana yang sependapat dengan meraka ini. Adakah dari pihak jin atau iblis? hanya Mahfuz sahaja yang tahu.

Wak dah lama mengikuti isu Kalimah Allah ini, hanya sebelah pihak sahaja beria-iya mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh pihak gereja kristian, yang sebalah lagi tu, yang kononya parti islam hanya diam membisu atau lebih suka play save apabila isu kalimah Allah ini dimainkan oleh gereja kristian. Takut tidak dapat undi dari orang bukan islam la tu, Yang wak geram sangat bila ada yang menjadi tukang menggalakkan lagi, itu yang paling wak tak tahan nak dengar. Wak rasa anda tahu siapa hamba Allah tu yang merupakan seorang ahli palimen Shah Alam yang berasal dari Johor.  Kalau si hamba Allah tu bukan muslim wak tak kisah sangat, dah memang kerja orang kafir macam itu. Dengan membuat kenyataan yang sebegitu rupa, adakah si hamba Allah ini tidak pernah memikirkan apakah kesan-kesan mudarat pada generasi akan datang sekiranya penggunaan kalimah Allah ini dibenarkan kepada pihak gereja kristian. Memang tak dapat nak dibayangkan, nak-nak lagi sekarang dunia sedang menuju akhir zaman. Silap percaturan alamtnya tersungkur di pintu syurga.

Buat Mr Bean Pas, sempena bulan baik ini perbanyakkan-lah amal ibadat, usah banyak sangat menyibuk dalam hal-hal yang dia sendiri tak tahu hunjung pangkalnya dan jangan main sedap tuduh sana sini, nanti kurang pahala puasa. Semakin banyak kita berakata-kata, semakin terselah kebodohan yang ada dalam diri. Diam itu lebih baik. Tapi tak tahu la kalau si Mr Bean ni jenis orang yang pantang nampak microphone. Renung-renungkan..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak, bukan tak tahu si Mahfuz ini suka bawak isu.... inilah erdogan PAS yang menjadi proksi Anwar Al Juburi..... kalau berak dia tak sempat cuci pun dia nak salahkan UMNO....

    BalasPadam
  2. president club of stupidity. Apa nak heran, ye tak Wak?

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.