Ahad, 15 Ogos 2010

Die Base Design-Menentukan kedudukan serta memilih saiz guide pin

    11:34:00 PTG   No comments

Salam..

Hari ini wak nak berkongsi beberapa panduan yang mesti kita tahu dalam menentukan kedudukan serta saiz guide pin yang bersesuaian untuk diaplikasikan ke dalam sesebuah die base. Untuk permulaan mereka bentuk sesebuah die base kita mesti tahu terlebih dahulu size sebenar die base tersebut berdasarkan mould layout design yang telah ditetapkan. Sekiranya saiz sebenar die base telah dikenal pasti baru-lah kita boleh memulakan proses menetukan kedudukan serta size guide pin. Proses penentuan ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan proses pemasangan die base tersebut hingga ke proses casting.


Klik gambar untuk zoom
Sekiranya kita tersilap dalam memilih saiz atau menentukan kedudukan guide pin, ini akan mengakibatkan guide pin itu mudah patah atau terkeluar dari kedudukan die base (chip off) kerana tidak dapat menaggung beban yang berlebihan. Keadaan ini amat merbahya dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan kepada operator.Semakin besar saiz dibase yang kita design, makin besar-lah saiz guide pin yang akan kita gunakan. Dalam entry kali ini wak ada menyediakan satu table khas untuk panduan anda semua, mungkin sebelum ini kita cincai-cincai nak pilih guide pin yang sesuai untuk die base, dengan adanya sedikit panduan yang wak berikan ini mudah-mudahan ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan bagi anda yang berminat untuk menceburi bidang reka bentuk die base. Sebarang pertanyaan berkenaan entry ini boleh emailkan pada wak. Jangan malu jangan segan... Selamat mencuba...

Klik gambar untuk zoom

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.