Ahad, 15 Ogos 2010

Saman Felda - Jangan guna duit raya untuk bayar duit guaman

    1:09:00 PG   6 comments


KUALA LUMPUR: Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.

Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

"Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

"Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Wak J say


Alhamdulillah..itu sahaja kata yang boleh dilafazkan. Walaupun wak tak dapat tempias dari duit raya ini, sekurang-kurangnya kedua ibu bapa wak yang duduk di tanah rancangan felda dapat merasa duit raya tersebut untuk tahun ini. Diharap dengan adanya duit raya ini dapat meringankan sedikit beban perbelanjaan untuk persiapan hari raya yang akan datang tidak lama lagi. Seronok betul siapa dapat jadi peneroka felda ini.

Mungkin ada sesetengah orang mempertikaikan kenapa sedikit sahaja duit raya yang diberi, Ada juga pihak yang mengatakan sepatutnya duit raya yang diberi paling kurang RM2000 hingga RM3000...mak datuk ini duit raya ka apa. Mungkin mereka ini kurang faham apa makna pemberian saguhati atau duit raya. Jangan ada pula yang menganggap pemberian duit raya ini merupakan hak mereka yang wajib diberi oleh pihak Felda bila setiap kali menjelang hari raya. Ia terpulang pada pihak pengurusan Felda sama ada nak beri atau tidak duit raya.

Untuk raya tahun ini ada yang dapat RM350 dan ada juga yang dapat kurang sedikit dari jumlah tersebut. Wak harap bagi mereka-merka yang dapat kurang dari apa yang orang lain dapat, tidak perlu-lah mempertikaikan kenapa aku dapat sikit, sebaiknya tanya diri sendiri kenapa perkara ini terjadi  pada diri mereka. Seeloknya terima sahaja segala pemeberian yang diberi dengan rasa bersyukur, daripada tidak dapat apa-apa lansung. Kalau masih tidak berpuas hati juga buatlah press statment atau panggil segala lawyer-lawyer buruk dan kemukakan aduan di mahkamah terhadap felda atas sebab duit raya yang diberi kurang dari apa yang diharapkan.
Akhir sekali wak nak berpesan di sini, bila dah dapat duit raya tu nanti, berbelanja-lah dengan cara berhemah, Jangan gunakan duit yang diberi untuk joli katak sampai tak ingat dunia seumpama memiliki sejumlah wang RM350,000, jenuh kalau macam itu. Pada peneroka tanah rancangan yang berhasrat nak saman felda tu jangan-lah pulak guna duit raya ini untuk membayar duit guaman. Tak berkat duit tu. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa...Berapa agaknya duit raya wak dapat tahun ni???

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak...Orang yang nak saman Felda ,dia dulu datang ambil duit raya...Felda semua tak betul tapi apa Felda bagi sapu..Hairannya tak keluar-keluar pun dari Felda,orang lain yang mengidam masuk keFelda gigt jari dengar orang Felda dapat macam-macam...ISTIMEWANYA hai...

    BalasPadam
  2. salam..udanggalah

    itu lah dia mentaliti nik ajis..org beri kita sapu dulu, saman tetap saman..zaman dah maju pun masih ada lg peneroka yg mudah diliwat pemikiranya bila diumpan akan dpt duit juta-juta..dasar tak reti bersyukur mcm tu lah..

    BalasPadam
  3. Salam Wak, apa lagi yang peneroka Felda mahu dari Kerajaan ?

    Mereka ini tidak pernah merenung ke belakang sebelum dapat masuk dalam Felda.... adakah dilayan serta diberi perhatian sebegini ?

    Felda tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran untuk membantu peneroka kecuali bayaran kembali di atas pinjaman.... tetapi puak-puak hamPAS, DAPig dan Pasukan Kaki Rasuk melalui persatuan Anak Jin mengutip duit rakyat kalau mahu dibantu...

    BalasPadam
  4. Salam Wak... sedih tengok mentaliti peneroka yang menyaman Felda ni. Dalam kepala mereka cuma satu, kalau dibagi ambik, tapi lawan tetap lawan. Apa kata Tok Guru dia semua betul . Sampai sekarang fatwa haramkan UMNO oleh Haji Hadi tak ditarik balik, sedangkan fatwa tu dengan jelas merujuk kepada berkawan dengan orang bukan Islam, tapi bila mereka kawan dengan DAP yang terang-terang tak nak negara Islam, tak apa pulak... Bila lah mereka ni nak sedar... Kita sama-sama berdoa di bulan Ramdhan ni supaya melayu dan Islam bersatu kembali. Amin

    BalasPadam
  5. Salam..

    Harap-harap terbuka la pintu hati dia orng ni bila dah dapat duit raya nanti..

    BalasPadam
  6. salam
    memang istimewa...
    setiap hari raya mesti dapat angpow

    alhamdullilah... aku juga tumpang happy abah dan mak dapat duit raya
    walaupun dah tua.. huhuhuhu

    alhamdulilah alhamdulilah.. rezeki Allah tiada siapa yg jangka. =)

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.