Jumaat, 13 Ogos 2010

Bil air tertunggak yang belum dijelaskan?

    3:22:00 PG   7 comments


SHAH ALAM: “Saya percaya perkara baik, (kesudahannya) tetap baik. Allah sudah memberikan hadiah terbaik untuk Ramadan tahun ini,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sejurus terlepas daripada hukuman penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.Terdahulu, Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim menerima rayuan Bung Mokhtar, sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum ini.Mahkamah sebaliknya memerintahkan Bung Mokhtar didenda RM1,000 atas kesalahan itu atau dipenjara enam bulan jika gagal membayarnya.Sebaik keputusan dibacakan, Ahli Parlimen itu tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata sebelum memeluk isteri keduanya, Zizie Izette A Samad, 32, dan ahli keluarga lain yang berada di galeri awam mahkamah.Bung Mokhtar, 51, ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu selepas terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang sejak kesnya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. “Saya berharap isu akan tamat di sini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, ahli keluarga dan sahabat yang menyokong tanpa berbelah bagi,” katanya. Zizie pula yang beberapa kali membantu menenangkan Bung Mokhtar berkata, dengan perkembangan terbaru itu, mereka kini dapat menjalani kehidupan lebih harmoni sebagai suami isteri. “Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas doa ahli keluarga dan sahabat di luar sana. Selamat berpuasa,” katanya. Sumber Harian Metro

Wak J say

Tahniah wak ucapkan kepada pak Bung kita kerana terlepas dari hukuman penjara gara-gara poligami tanpa izin . Kalau mengikut Islam perkahwinan mereka berdua ini sah cuma tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah. Apa-apa pun semua dah selesai, bagi pihak-pihak yang jelous dengan pak Bung kita ni kerana memliki isteri yang cantik dan gebu, buat-buat lah berubah diri tu sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat.


Lepas ni boleh lah jelaskan segala bil air yang tertunggak sepanjang proses pebicaraan berlangsung. Oppss dibulan Ramdahan kaunter bil tidak dibuka pada waktu siang hari. Kaunter bayaran hanya dibuka apabila masuk waktu berbuka sahaja. Harap-harap pak Bung dapat bersabar, kuatkan semangat dan iman. Gunung yang dikejar tidak akan lari ke mana, ia tetap berada di tempatnya..Selamat berpuasa dari Wak..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
7 ulasan:
Write comments
  1. selamat berpuasa wak :)

    sekarang tengah musim bayar cukai taksiran ..haishhhh!

    BalasPadam
  2. hehehe....ish ish ish

    astagfirullah wak, sabo sabo hari masih siang lagi...malam Jumaat

    BalasPadam
  3. WJ: ha3....bil air tertunggak....kaw2 punye statement tu....hu3.....

    BalasPadam
  4. wak,

    orang bujang cam sy kureng faham.keh3x.

    BalasPadam
  5. salam to all..

    Makdara
    Bukan dah lepas ka byr cukai taksiran..

    Megat alam
    Tengah bersabo la ni..hehehe

    Azzey
    Wak saje je nak bergurau, hari2 mau serious pun tak blh juga..tp mmg sesuai dgn gambar tu..huhuu

    Gadis comel..
    Klu yang bujang tu kena la kawen, mana yang kurang paham kena la bertanya..tp klu dah tau still nk tanye jgk...mmg nak kena tu..

    BalasPadam
  6. (sambil memandang ke gambar bung) "Are you ok, Bung?"

    hihihihi

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit di Tendang Terajang

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.