Khamis, 12 Ogos 2010

Peneroka saman Felda RM200 juta..wow..ana kaya!!

    10:53:00 PTG   4 comments


SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Rancangan Gugusan Raja Alias dan Serting, dekat sini, memfailkan saman RM200 juta terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban, kerana didakwa menipu dan pecah amanah sejak 15 tahun lalu, semalam.Saman itu difailkan peguam utama yang mewakili peneroka, R Sivarasa, bersama peneroka, Karib Salleh, sebagai plaintif yang mewakili semua peneroka melalui tetuan Daim & Gamany di mahkamah itu.Dalam tuntutan itu, Felda dan Felda Palm Industries masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.Mereka mendakwa terdapat penipuan dan pecah amanah berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit sehingga menyebabkan kerugian kepada peneroka kira-kira RM200 juta.Sementara itu, Sivarasa berkata, dalam pembayaran KPG kelapa sawit, Felda didakwa menggunakan 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar adalah antara 24 hingga 25 peratus seperti kajian yang dilakukan sebelum ini.Menurutnya, pihaknya mempunyai dokumen membuktikan pada 2008, seramai 84 peneroka dari Rancangan Felda Serting Hilir 5 berjaya menghantar 9,515 tan hasil sawit, bermakna setiap peneroka menghasilkan purata 113 tan pada tahun itu.Bagaimanapun, katanya, Felda membayar peneroka pada harga purata RM560 satu tan pada tahun itu dan dengan kadar kerugian enam peratus, setiap peneroka kerugian RM20,000.“Ini bermakna dalam tempoh 15 tahun lalu, Felda menyebabkan kerugian kepada 766 peneroka melebihi RM200 juta,” katanya.Kira-kira 200 peneroka hadir ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menyokong tuntutan berkenaan. Sumber Harian Metro


Wak J say

Sejak kebelakangan ini macam-macam perkara yang tak sedap didengar berlaku berkaitan dengan Felda. Sebelum ini Felda diberitakan bankrap oleh suara dajjal (suara keadilan) dan baru-baru ini pula timbul kes peneroka di Serting menyaman Felda sebanyak RM200 juta. Besar juga jumlahnya kalau nak diikutkan. Mengapakah perkara sebegini berlaku? Adakah ia disebabkan oleh kelemahan dan kepincangan yang terdapat dalam sistem felda itu sendiri atau atau ada tangan-tangan ghaib yang cuba untuk memporak perandakan gagasan Felda yang diasaskan oleh Almarhum Tun Abd Razak kerana telah banyak membatu golongan yang berpendatan rendah terutama sekali orang melayu.

Wak sedih apabila melihat peneroka felda itu sendiri menyaman sebuah badan organisasi yang mana dulu telah banyak menabur jasa serta membantu dan memberikan mereka peluang untuk memajukan diri dalam kehidupan seharian hingga ke hari ini. Dahulunya sebelum menyertai tanah rancangan hidup bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adakalanya tidak makan lansung, tiada tapak rumah dan kebun untuk berteduh serta bercucuk tanam, sekrang semua serba serbi mencukupi disediakan oleh pihak Felda. Memang tidak dinafikan dalam setiap badan organisasi yang melibatkan rakyat atau orang awam pasti memepunyai masalah atau kelemahannya yang tersendiri kerana ia diurus tadbir oleh manusia bukanya jin atau malaikat. Disebabkan maklumat-maklumat yang ada masih belum mencukupi, wak tidak mahu mengulas panjang lebar tentang masalah yang sedang membelanggu peneroka di daerah tersebut.


Apa yang wak kesalkan di sini ialah sikap dan tindakan yang diambil terhadap pihak Felda agak melampau sedikit kalau nak dibandingkan dangan apa yang telah disumbangkan oleh Felda selama ini sejak dari awal penubuhanya. Walau apa jua masalah sekalipun yang kita hadapi, ia perlu dirunding dengan secara baik oleh kedua belah pihak tanpa melibatkan campur tangan orang yang ada kepentingan dalam politik tertentu. Wak pun tidak pasti sama ada masalah ini telah di bawa ke pihak atasan Felda atau pun tidak. Rentetan dari peristiawa yang berlaku ini, pihak pengurusan Felda perlu mangambil langkah proaktif dengan kadar segera bagi menyelsaikan isu ini supaya ia tidak menjadi duri dalam daging yang mana pada satu hari akan merosakkan reputasi Felda sebagi sebuah angensi pembela bangsa.


Wak musykil sedikit tentang isu ini dan wak ingin bertaya kepada siapa yang tahu jawapanya mangapa setelah 15 tahun berlalu baru hendak diungkit masalah ini seperti yang didakwa oleh mereka, sekiranya betul ada berlaku penyelewengan atau pecah amanah dalam tadbir urus Felda. Pendapat peribadi wak merasakan semacam ada satu gerakan halus mencipta komplot untuk memburuk-mebrukan nama baik Felda di mata masyarakat terutama sekali golongan peneroka ini merupakan save deposit bagi kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN). Terdapat juga segelintir politikus yang cuba mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain dengan cuba meraih simpati masyarkat yang kononya mereka adalah pejuang yang menegakkan keadilan. Keadilan kepala B*T*H!!.. Wak berharap masyarakat peneroka dapat membuat pertimbangan yang waras sebelum melakukan sebarang tidakan dan tidak mudah termakan dengan kata-kata hasutan atau fitnah dari anak dajjal yang mana akhir sekali akan merugikan diri peneroka itu sendiri.


Nampak gayanya cabaran untuk generasi kedua felda pada masa yang mendatang ini lebih berat dari generasi pertama. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk memajukan tanah rancangan masing-masing serta mempertahankan apa yang kita miliki sekarang, Jangan sesekali membiarkan anasir-ansir dari luar yang sangat mencemburui masyarkat Felda, menggangu gugat dan merosakkan kerhamonian yang  kita miliki sekarang. Bukan mudah untuk mengecapi kesenagan hari ini, kalau kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dari mula. Bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini, sebagai tanda terima kasih atas segala nikamat yang diberikan olehNya. Allhamdulillah.. peneroka di felda wak semuanya teridiri dari kalangan orang-orang yang bersyukur. Pesanan dari wak, barang siapa yang merasakan dengan menyertai Felda atau menjadi peneroka merupakan satu kerugian, elok kiranya dipulangkan segala kemudahan seperti tapak rumah dan kebun yang diberi. Ramai lagi di luar sana berebut memohon untuk menjadi warga felda. Jasamu tetap wak kenang...

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. lebih kurang kes anak saman ayah lah. dalam kes ni, tak tau mana yg salah, mana yg betul, sebab tak tau langsung cerita mula macam mana.

    BalasPadam
  2. WJ: MCM2 HAL SKRG NI KAN????

    BalasPadam
  3. macam mane kan, kalau FELDA bagi je R200J tu and ambil balik tanah diorang? Haa... then baru diorang tau sape yang selama ni suap makanan kat mulut diorang.

    dan tak reti-reti lagi nak bersyukur ke manusia zaman sekarang ni... alahai~~~

    BalasPadam
  4. depa ni untung sabut timbul, untung batu tenggelam. tak perlu pikir asal usul. Apatah lagi ada yg tolong pejuangkan yg menjanjikan keuntungan besar macam tu. Syukur dan terima kasih tu depa boh tepi dulu. Semoga mereka sedar sapa diri depa dan asal usul depa.seterusnya tak cepat melatah lagi.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.