Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan yang dinanti..

    8:37:00 PG   3 comments

Assalammualikum.. Ramadhan, bulan yang dinanti-nanti oleh umat islam seluruh dunia, di mana umat islam menunaikan rukun islam ke tiga iaitu berpuasa pada siang hari disepanjang tempoh bulan Ramadhan. Ramai yang dah tahu apa yang wak tahu tentang pengertian puasa dibulan Ramdhan selain daripada menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal diri kita dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ia juga dapat membetuk diri kita supaya menjadi insan yang berdisiplin tinggi dan mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk menghadapi cabaran dan  dugaan dalam hidup seharian dan bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja.

Sempena bulan Ramadhan ini, ia amat sesuai untuk diri kita yang ingin melakukan perubahan tingkah laku serta gaya kehidupan seharian, atau bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan hidup yang baru. Ambilah kesempatan dibulan yang mulia ini dengan menambah amal ibadah  dan sedekah jariah kerana ganjaran yang diberikan oleh Allah berlipat kali ganda dari bulan-bulan islam yang lain. Di sini wak ada sediakan sedikit info tentang perkara-perkara yang kita perlu ambil tahu disepanjang bulan Ramadhan yang akan kita tempuhi dalam jangka masa lebih kurang sebulan. Mungkin kita terlupa atau terlepas pandang  terhadap  perkara yang boleh atau tidak boleh kita lakukan semasa dibulan Ramadhan. Semoga dangan info ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan pada diri wak dan anda yang sudi menjenguk blog wak ini.


Dalil perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Syarat Wajib Puasa
  1.  Islam
  2.  Mukalaf
  3. Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
  4. Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan  Sya’ban 30 hari.
Syarat Sah Puasa
  1. Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
  2. Suci dari haid dan nifas.
  3. Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
  4. Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).
Rukun Puasa
  1. Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
  2. Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  2. Muntah dengan sengaja.
  3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  4. Haid atau nifas.
  5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  6. Murtad (keluar dari Islam).
  7. Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.
Sunat-sunat Puasa
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
  2. Makan sahur walaupun sedikit. Rasulullah s.a.w. bersabda:Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan  kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
  3. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Memperbanyakkan sedekah.
  7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
  1. Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
  2. Orang sakit, wajib di qada’.
  3. Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
Bacaan Niat Puasa

Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan

Bacaan Hendak Berbuka Puasa
SELAMAT BERBUKA PUASA DAN MENJAMU SELERA

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.