Rabu, 18 Ogos 2010

Gejala sosial bukti kegagalan BN.. Apa sumbangan PAS?

    10:11:00 PG   6 comments

"Peningkatan gejala sosial kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian berlaku, perzinaan. Pembuangan bayi pula meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Semua ini adalah gambaran kegagalan kerajaan melaksanakan amanah mendidik rakyat agar takut kepada Allah serta gerun untuk melakukan maksiat. Walaupun media arus perdana sering meletakkan kesalahan kepada ibubapa dan masyarakat; namun rakyat sedar bahawa kegagalan ini berpunca dari kegagalan kerajaan.

Ibubapa boleh mengawasi tingkahlaku anak-anak di dalam lengkungan rumahtangganya, guru-guru boleh mengawasi  pelajar dalam lengkungan sekolah, namun siapa lebih bertanggungjawab terhadap sistem pendidikan yang mengabaikan soal akhlak, pendidikan kerohanian,  soal dosa dan pahala dalam kehidupan".

"Kerajaan mesti menyekat web site pornografi, mengawal media cetak yang menjurus ke arah nilai negetif dan di waktu yang sama mewajibkan pendidikan agama sebagai subjek wajib lulus bagi semua peringkat peperiksaan. Tapi yakinlah hanya kerajaan bermoral akan melaksanakan program bermoral".
 Sumber Akhbar Nyamuk PAS


Wak J say

Alahai Pas Pis Pus..Kalau setakat cakap sahaja depan wartawan lepas itu salahkan orang itu dan orang ini memang lah senang. Sebelum kita menyalahkan mana-mana pihak, cuba lihat diri sendiri dan senaraikan apakah sumbangan yang kita berikan selama ini dalam mengawal gejala sosial ini daripada merebak. Pada pandapat wak, segala masalah sosial yang berlaku di negara kita ini, berpunca dari didikan awal di rumah, sekiranya persekitaran di rumah tersebut elok serba serbi pasti masalah sosial ini tidak berlaku. Jika sebaliknya maka timbul lah segala macam mak nenek masalah sosial seperti rempit, zina, bohsia dan buang anak yang tengah hangat sekarang ini. Kepada Tuan Ibrahim harap dapat bermuhsaba diri sebelum menyalahkan orang lain. Wak tak peduli tinggi mana pun ilmu anda, sekali melangkahkan kaki ke dunia politik yang serba kotor ini, wak anggap anda sama sahaja dengan orang politik yang lain.



Kita sebagai rakyat Malaysia, tak kira parti politik apa sekalipun yang kita wakili, masalah gejala sosial ini merupakan masalah bersama, dan ia tidak hanya terletak pada sebelah pihak sahaja untuk menyelesaikanya. Sebagai ibu bapa, guru atau pemimpin masyarakat setempat kita tidak boleh melepaskan tanggungjawab dalam soal mendidik anak begitu sahaja kepada pemerintah untuk mengawal tingkah laku anak-anak kita sekiranya mereka berada di luar rumah.

Di sini aspek pemantauan amat penting yang bermula dari rumah. Setiap rumah di Malaysia boleh dikatakan mempunyai kemudahan internet jalaur lebar, kalau nak dibandingkan masa zaman wak, nak tengok komputer pun susah. Wak sarankan ibubapa tidak membiarkan anak mereka berseorangan dalam bilik melayari internet tanpa sebarang pengawasan. Seperti yang diperkatakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, segala masalah ini terjadi berpunca dari pihak kerajaan, (kerajaan lagi) kerana tidak mengabil berat dengan menyekat kemasukan bahan pornografi dari tersebar secara berleluasa, sebenarnya kita sebagai ibubapa yang prihatin, boleh melakunya sendiri tanpa mengharap pada pihak kerajaan untuk memulakanya. Tapi kalau kedua ibubapa pun 2x5 sama tu wak tak boleh nak kata apa.Sediri mahu ingat.. Banyak program serta kempen kesedaran yang dilancarkan oleh pihak kerajaan serta badan-badan NGO dalam memerangi isu gejala sosial. Masih tak cukup lagi kah Tuan?? atau puak belah sana tak mahu mengakuinya.

Wak rasa tidak ada apa yang kurang di Malaysia ini, semuanya serba lengkap. Sekolah, masjid, tempat kegiatan agama semua telah disediakan oleh pihak kerajaan. Misalnya dalam bidang pendidikan, kriteria-kriteria yang diperlukan dalam mendidik anak dalam membentuk nilai-nilai muni serta sahsiah diri yang baik semua sudah terdasar dalam dasar pendidkan negara. Tidak terlupa juga untuk pendidikan orang dewasa juga turut diberikan oleh pihak kerajaan, seperti di kampung halaman wak tanah rancangan Felda, boleh dikatakan saban hari diadakan aktiviti berbentuk keagamaan, cuma kena tanya diri sendiri, sama ada mahu pergi atau tidak.



Sekarang ini sepatutnya tidak ada mana-mana pihak menuding jari sambil berkata "itu masalah engkau, ini bukan masalah aku" dalam mengawal masalah gejala  sosial dalam masyarakat.Kepada para ugamawan yang yang cerdik pandai dan lebih memahami islam dari orang lain terutama sekali yang berada dalam parti politk PAS, lontarkan idea-idea bernas anda kepada pihak pemerintah bagaimana cara untuk menyelesiakan segala masalah sosial yang melanda negara tercinta kita ini. Pada wak itu cara paling baik, daripada duduk mencaci dan memaki hamun sesama manusia yang seagama dalam ceramah sana sini sampai terlupa anak sendiri hanyut dalam kemaksiatan.Sebelum menutup entry ni, wak nak nak bertanya pada puak-puak PAS atau pemimpin-pemimpinya, adakah parti PAS itu tinggi dengan nilai MORALnya. Renung-renugkan-lah. Wak minta maaf 20 juta kali sekiranya ada orang-orang pas yang terbaca posting wak ini berasa sakit hati bila membacanya. Selamat beramal

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
6 ulasan:
Write comments
  1. SALAM WAK..Apa ..! Kalau PAS perintah gejala sosial tak berlaku.Apa dah jadi dengan Kelantan dibawah naungan Tok Guru..takde maksiat..Kalau kat tempat aku orang Pas yang kaki ekor melambak..untunglah umno perintah boleh beli nombor ekor yg dikhususkan untuk arang kafir. kalau PR merintah jangan bimbang lagi banyak nombor boleh beli....

    BalasPadam
  2. jgn jd manusia yg letak otak dekat ibu jari kaki.... kat mane2 pon ade yg lakukan kemungkaran... ape yg pokok TAMPUK kena la laksanakan amal makruf nahi mungkar dulu... tarbiah PEMIMPIN perlu tarbiah isteri untuk laksanakan PERINTAH ALLAH....

    http://norfadhillah1810.blogspot.com/2010/07/mitos-terjelek-abad-ini-mesti-baca.html

    http://norfadhillah1810.blogspot.com/2010/08/perihal-menutup-aib.html

    http://norfadhillah1810.blogspot.com/2010/07/isu-bankrap-memang-panas-mai-baca-sini.html

    http://norfadhillah1810.blogspot.com/2010/05/jangan-jadi-makhluk-bongok.html

    sy rs awk patut bace smpai hadam sblm keluarkan apa2 kenyataan memperlekeh kepimpinan islam. maaf kalau awk tersinggung. sy berkongsi informasi =)

    slm kenal=)

    BalasPadam
  3. Sumbangan PAS?

    Angkat kain tunjuk sosej lembik pada puteri. hehehe

    Aku yang Bingai
    Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir? di Tendang Terajang

    BalasPadam
  4. salam ziarah..kenal blog ini dr blog gadis comel..blog yg hebat :-)

    BalasPadam
  5. SALAM WAK:

    Tanya diri kita pula pe sumbangan kita dlm mencegah gejala sosial?
    Skrg ni maksiat blaku dpn mata pun kita xtegur malahan jiran2 pun kita x knl..
    So rasanya xyah la menuding jari pd sesiapa dan menyalahkan org lain..

    BalasPadam
  6. salam wak...

    izinkn saya sebagai seorang remaja memberi pendapat...

    bagi saya apa yang penting dalam mengatasi masalah ini bukanlah dengan menuding siapa yang lebih bertanggungjawab kerana kita semua mempunyai tanggungjawab baik kepada diri sendiri mahupun masyarakat...

    tetapi yang penting adalah bagaimana kaedah yang sesuai dalam mengatasi masalah ni

    apa yang saya lihat, kebanyakan penceramah2,pakar motivasi, atau ustaz2 yang nak sedarkan remaja ni...serius saya cakap ceramah mereka BOSAN DAN SYOK SENDIRI

    semuanya bajet...poyo...dan remaja2 yang dipaksa dengar ceramah begitu pun x dapat langsung apa isi yang disampaikan...

    remaja perlukan pendekatan yang berbeza...dengan zaman yang penuh cabaran ni bagi saya cara dulu-dulu dah tak lekat di hati remaja...

    selain itu, remaja sekarang juga sangat inginkan alasan yang kukuh disebalik sebarang larangan yang dibuat..
    kita sedia maklum di peringkat remaja lah semngat ingin tahu dan ingin cuba sangat membuak...

    orang dewasa sering mengelak untuk menjawab alasan kukuh disebalik larangan yang dibuat ataupun jika ditanya soalan berbentuk seksual...

    akibatnya, remaja ini mencari sendiri kebenaran tanpa dorongan yang betul..ditambah dengan maklumat tanpa batasan di internet, membuatkan remaja ini semakin mahu mengetahui semua benda baik negatif mahupun positif..lebih-lebih lagi yang negatif...

    x percaya?..anda cubalah taip nama2 tubuh badan manusia...nescaya akan ada website seperti wiki yang bagi penjelasan penuh beserta gambar tanpa sebarang tapisan seperti dalam buku teks

    sebab itu bagi saya..sebagai orang dewasa..adalah perlu untuk anda-anda semua

    1-menerangkan dengan jelas kepada remaja baik buruk kepada setiap perlakuan mereka...
    2-dengar luahan mereka...emosi remaja adalah sangat tidak stabil
    3-jangan lari apabila ditanya soalan yang agak sensitif ataupun yang bersifat seksual
    4- tunjukkanlah teladan yang baik di depan remaja..bagaimana mahu remaja menjadi baik kalau orang dewasa sendiri rosak

    dan saya sangat mahu merayu kepada golongan-golongan dewasa di luar sana...tolonglah jangan bandingkan gejala sosial di zaman anda dengan di zaman kami...percayalah..kalau anda menjadi remaja seperti kami yang dikelilingi unsur2 negatif ini anda juga akan sangat mudah terpengaruh

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.