Selasa, 17 Ogos 2010

Menang wang besar bersama Mazlan Aliman

    11:16:00 PTG   7 comments


TEMERLOH, 17 Ogos: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman memfailkan saman malu terhadap empat pihak bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM20 juta atas apa yang disifatkannya sebagai penahanan salah pada insiden di Felda Lembah Klau, Mac lalu.

Saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh, semalam dengan menamakan empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau, Awang Sulong, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), pegawai polis, Mohd Azran Rahmat dan Kerajaan Malaysia.

Dalam sidang media selepas penyerahan writ saman tersebut, Mazlan berkata tindakan diambil setelah beliau dan keluarganya menerima kesan  diaibkan di khalayak umum dan dilayan seolah-olah beliau seorang penjenayah.

“Atas peristiwa yang berlaku saya dan keluarga saya termasuk anak-anak saya merasa malu apabila di sekolah anak saya ditanya rakan-rakannya  sebab-sebab beliau ditahan di lokap. Saya rakyat Malaysia dan merupakan anak peneroka juga mengapa saya dilayan macam penjenayah,” soalnya. sumber Akhbar Nyamuk Pas
Wak J say

Wang besar..wang besar.stop..stop RM20 juta...Kini tiba giliran En Mazlan  pula untuk  meyaman, saya mahu menyaman En Aliman..eh silap. Saya mahu menyaman Felda dan Pegawai Polis. Saya putar lagi bang Alim..wang besar..wang besar..tutttttt maaf anda bankrap, cuba lagi..sedikit babak dari rancangan Wheel Of Fortune musim bulan memngambang.

Sebentar tadi wak ada merayau-rayau diblog. Wak terbaca satu statment di akhbar nayamuk kepunyaan Pas yang mengatakan Mazlan Aliman sekarang ni telah memfailkan saman terhadap Felda serta pengurusnya dan seorang pegawai polis.Motif kenapa si Mazlan mengemukakan saman terhadap dua individu tersebut serta pihak Felda kerana di tahan oleh polis serta berasa malu apabila si Mazlan dan keluarganya menerima kutukan dari orang ramai, ahh..berani buat tak berani tanggung, kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Baru padan muka!

Baru nampak grand dan gempak kalau saman orang juta-juta, agaknya si Mazlan ni menjadikan brother Anwar sebagai idola pujaan hati, siapa yang tak kenal Raja saman Malaysia yang sedang menghadapi kes liwatnya itu. Begitu mudah untuk dapat duit di masa ini, Dengan hanya perlu mencipta isu atau fitnah baru kemudian dijaja ke seluruh pelusuk negara dengan matlamat untuk membangkitkan kemarahan pihak lain. Amat keji sekiranya sesorang individu itu mengunakan cara yang sebegini untuk menaikan nama sendiri supaya mendapat perhatian oleh masyarakt umum, Memang low class pada siapa yang berperangai seperti yahudi ini.


Kepada pengurus dan pegawai polis yang terlibat, wak sarankan supaya anda menyaman kembali si anak Aliman ini. Kalau boleh jumlah saman tu biar kurang sedikit sekitar RM40 atau RM50 juta. Jika menang kes nanti, dah boleh duduk rumah goyang kaki anak bini.Lima keturunan pun belum tentu habis makan duit saman. Saman jangan tak saman.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
7 ulasan:
Write comments
  1. Sedar gak yg dia tu anak peneroka. Dia takde keje, so nak cari income la wak...

    BalasPadam
  2. Salam Wak..memang dia anak peneroka tapi anak peneroka yang tak sedar diri...
    Apa dia ingat pengurus felda tak ada kuasa ke?Pandai sangat menyalak nak salahkan orang..keje dia menghasut peneroka tu tak salah....piraah.

    BalasPadam
  3. si Aliman nih juga akan disaman malu oleh Felda kerana mengaibkan Felda,
    "kui buat dulu awok saman kedian"

    BalasPadam
  4. Salam to all..

    GT: mesti anak aliman ni jenis peneroka yg pemalas..tp nk popular cepat.

    udanggalah: salam..klu pengurus felda tu saman balik, jgn kata tanah kebun, seluar dalam pun tergadai sekali.

    megat alam: Felda nak saman anak aliman ni pun terpaksa pikir 2-3 kali..sbb dia ni bukan ada duit pun.

    gadis comel: orng musim nak raya..dia musim saman pulak..apa nk jd..jd monyet

    BalasPadam
  5. macam2 hal!..malu pun bole saman.. :)

    saya pun cucu felda gak!

    BalasPadam
  6. Salam;

    pd pendapat saya yg jahil ni kerajaan harus membuat siaisatan tntg isu ini utk memuaskan ati ke2 pihak..
    Klau x betul Alhamdulillah dan klau betul ambil la tindakan tegas..
    sy rasa siasatan pntg sbb penyumbanglewengan ni bahaya ..blh menjatuhkan syarikat dan negara..
    P/s:sekadar pendapat dan x menyebelahi mne2 pihak..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.