Isnin, 20 September 2010

Anuar Vs Azizah..mungkinkah akan terjadi?

    12:54:00 PG   2 comments

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu memperoleh pencalonan pertama bagi pertandingan merebut jawatan presiden parti itu yang kini disandang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pencalonan tunggal itu setakat ini diperoleh daripada cabang Arau yang bermesyuarat pada hari tersebut.

Ketua Pemuda PKR cabang berkenaan, Tengku Putra Aelmi Sham Tengku Amiruddin berkata, keputusan itu dicapai secara majoriti daripada 61 perwakilan yang hadir.

Walaupun kemungkinan besar menolaknya, Anwar bagaimanapun masih memerlukan lagi satu pencalonan bagi bagi melayakkannya bertanding jawatan tersebut.

Petikan dari Mstar Online

Wak J say

Kini bro Nuar telah berjaya mendapat pencalonan pertama bagi pertanding merebut jawatan presiden PKR yang sebelum ini disandang oleh isteri kesanyanganya, Kak Jijah kita. Adakah kenyataan bro Nuar untuk tidak bertanding mana-mana jawatan dalam PKR sebelum ini akan bertahan lama atau kata-kata yang keluar dari mulut bro Nuar itu hanya sekadar sandiwara untuk menyedapkan hati para penyokong Kak Jijah. Sama-sama lah kita saksikan pencalonan untuk bro Nuar yang seterusnya. Berapa ramai lagi sanggup jadi 'anak durhaka' kerana ingkar arahan bang Nuar agar tidak mencalonkan namanya.

Pada firasat wak bang Nuar tidak akan tergamak untuk bertanding melawan isterinya yang selama ini telah banyak bekorban dan makan hati dek sikap dan tingkah laku lakinya yang bernafsu besar serta berselera tinggi. Mungkin itu stratergi bang Nuar untuk menguasai PKR melalui anak bininya. Ramai yang dah tahu, diawal penubuhan PKR matlamatnya hanya untuk menyelamatkan bang Nuar dari tersungkur di pintu Syurga gara-gara nafsu serakahnya terhadap laki dan perempuan.

Sebelum ini juga Zaid Ibrahim telah meberikan isyarat jelas bahawa sesiapa sahaja yang menjadi presiden parti pasti akan diremote controlkan oleh  bang Nuar. Zaid juga tahu orang yang paling berkuasa dalam PKR hanya bang Nuar sahaja. Wak berani potong kuku di jari, tak ada seorang pun yang berani mencabar kedudukan paling tinggi dalam parti tersebut, selagi anak beranak bang Nuar masih berada di dalamnya.

Yang pasti selepas ini, tak kira berapa banyak pencalonan yang bang Nuar akan terima untuk melayakan diri bertanding dalam jawatan presiden parti, pada saat akhirnya nanti sudah tentu bang Nuar akan menarik diri dari dicalonkan. Kita sendiri pun boleh menjangkakanya. Jangan pelik sekiranya nanti pencalonan bang Nuar mendahului bininya. Pencalonan pertama bang Nuar kali ini hanya sekadar mahu bikin gempaq sahaja.

Aksi anak beranak sedang bermula!!..saksikan di pawagam berhampiran anda..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak..Selama ni pun Kak Wan ikut cakap suaminya..jawatan presiden pun macam tu juga..semua arahan big boss..

    BalasPadam
  2. Tak mungkin terjadi. Itu andaian wak saja.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.