Selasa, 28 Disember 2010

FELDA Terpaksa Hutang Along RM100.9 Juta Untuk Bayar Bonus?

    4:08:00 PG   1 comment


KUALA LUMPUR 25 Dis. – Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti berjumlah RM100,916,600 kepada para peneroka di tanah rancangan di seluruh negara mulai Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bonus itu sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Katanya, 94,281 peneroka yang menghantar hasil ke Felda dari Januari hingga Oktober tahun ini akan menerima bayaran RM400 (minimum) dan RM1,200 (maksimum) bergantung kepada jumlah penghantaran hasil.

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing pada masa hadapan. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

Wak J say

Wah! Peneroka Felda dapat durian runtuh lagi, biar benar dong mas. Masa nak dekat hari Raya Aidilfitri lepas dah dapat sagu hati RM500. Kali ni nak masuk tahun baru 2011, dapat lagi bonus. Tersenyum lebar mak ayah di tanah rancangan bila dengar berita yang diwar-warkan oleh PM kita semasa menghadiri rumah terbuka Christmas kelmarin. Sebagai anak Felda generasi kedua, hanya ucapan syukur kehadarat Allah dan terima kasih kepada FELDA kerana sentiasa mengambil berat kebajikan peneroka Felda di bawah seliaanya.

Tapi kena ingat PM kita dah tegaskan semasa dalam ucapan beliau yang mengatakan hanya mereka (peneroka) yang menjual hasil ladang kepada Felda sahaja yang layak untuk menerima pemberian bonus ini. Bagi peneroka yang mengusahakan sendiri dan tidak menjual hasil ladangnya kepada Felda tidak layak mendapat insentif bonus ini. Mungkin ada segelintir peneroka yang menjelir lidah, apa aku kesah dengan bonus yang Felda bagi. Tapi dalam hati siapa yang tahukan. Mesti ada rasa jeles-jeles sikit..huhuh

Mana suara ANAK DURHAKA yang dikepalai oleh Mazlan Aliman apabila mendengar berita ini. Dah bisu ke apa atau sudah kekeringan idea macam mana nak konar baring pasal duit bonus ni. Mesti dalam hati si anak dajjal ni menyumpah seranah Felda kerana memberikan bonus, sambil bertempik Celako..Celako punya Felda, aku baru nak main isu saman Felda dan Felda bankrup untuk kempen pilihan raya kecil Dun Tenang nanti, La ni pulak Najib dah kasi potong aku punya jalan..kanasai..@#$%&..hehehe

Dengan pengumuman peberian bonus ini, sekaligus dapat menafikan dan menutup segala cerita-cerita kedai kopi yang mengatakan Felda bankrup dan juga men'stepler'kan mulut Mazlan Aliman aka Anak Puaka dari terus menjaja cerita dongeng dan fitnah kepada umum terutama sekali warga Felda. Sekiranya Felda benar-benar bankrup seperti yang didakwa oleh puaka jahanam bernama Mazlan, mana mungkin Felda mampu meberikan bonus sebanyak ini kepada seluruh peneroka yang layak. Sudah pastinya pihak pembangkang akan ketandusan isu untuk dijadikan modal semasa kempen PRK nanti. Diharap juga pihak pembangkang jangan jadikan isu pemberian bonus ini sebagai 'gula-gula' pilihan raya oleh BN, untuk memancing undi penduduk Dun Tenang yang kebanykanya terdiri dari Peneroka Felda. Dingatkan sekali lagi kepada pembangkang (PR) bahawa bonus ini diberi kepada seluruh peneroka Felda di Malaysia yang hanya menjual hasil sawitnya kepada Felda. Full Stop and no issue.

Bagi peneroka yang masih mempunyai anak yang bersekolah, sudah tentu dengan adanya pemberian bonus dari Felda ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk mereka membuat persiapan persekolahan anak-anak sebelum sesi persekolahan yang baru, bakal bermula tidak lama lagi. Kalau ada duit lebih boleh juga dilaburkan ke dalam saham KPF untuk kegunaan masa hadapan, terutama bagi peneroka yang hanya tinggal berdua suami isteri di rumah mamandangkan anak-anak yang sudah besar dan pandai cari duit sendiri.

Semoga pihak Felda akan terus teguh berdiri dan menabur budi, serta terus menjaga kebajikan seluruh warganya, walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang tidak putus-putus datang melanda akibat perasaan iri hati dan sifat benci oleh segelintir manusia yang pantang melihat orang lain hidup senang. Wak doakan semoga FELDA akan terus kekal relevan hingga ke akhir zaman. Amin...

WAK BANGGA JADI ANAK FELDA!

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. Orang2Pas dalam Felda n mazlan aliman ibarat suami garang yang sentiasa pukul buni,bila malam pandai pulak mintak................dh keluar air marah lagi!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.