Isnin, 27 Disember 2010

Skuad Bola Sepak Malaysia..Terbaik!!

    3:29:00 PTG   7 comments


3 berbalas 0..Itulah jaringan kemenagan buat Malaysia ketika menentang Indonesia dalam kejohanan merebut piala Suzuki sebentar tadi. Sejuta TAHNIAH daripada blog Wak Jengkol kepada barisan hadapan skuad bola sepak negara kerana mempamirkan mutu permainan yang berkuliti dan mantap serta menghiburkan.

Walaupun ada seketika perlawanan terpaksa diberhentikan selama lima minit akibat daripada gangguan pancaran laser oleh peminat yang datang menonton perlawanan tersebut yang dihalakan ke muka penjaga gol Indonesia, namun ia tetatp tidak mematahkan semangat pemain Malaysia untuk terus berjuang memburu kemenangan.

Akhirnya Malaysia menang bergaya setelah pengadil dari Jepun meniup wesel penamat. Dilaporkan besok pagi pemain Malaysia akan terbang ke Indonesia untuk melaksanakan  misi terkahir, iaitu perlawanan akhir kedua sebelum Malaysia betul-betul sah dinobatkan sebagai juara, walaupun dengan kemenagan 3-0 ini sudah melayakan Malaysia untuk menggemgam Piala Suzuki, namun harus diingat perjuangan masih belum selesai.

Diharap dengan berbekalkan kemenagan di tanah air sendiri ini, skuad Malaysia akan terus mencipta kemengan di tempat lawan Indonesia. Sudah pastinya Gelombang Merah di Indonesia akan lebih dahsyat sekali, seperti yang kita sedia maklum dan tahu tentang sikap dan perangai penyokong fanatik negara mereka yang pelbagai karenah dan pe'el.

Semoga skuad bola sepak negara terus kental dan tenang menentang arus gelombang merah atau apa jenis mandrem sekalipun  yang datang. Yang penting di sini ialah kerja sama antara rakan pasukan dan tumpukan 90 minit masa perlawanan hanya untuk mencipta GOL dan seterusnya membawa pulang trofi Piala Suzuki ke tanah air tercinta Malaysia.



Wak J: Rugi tak dapat pergi tengok secara live tadi di Bukit Jalil. Kena kerja la pulak..TENSION!!. Tengok live kat rumah bersama anak bini pun ok juga. Yang penting SEMANGAT terhdap negara mesti ada..Skuad bola sepak Malaysia memang terbaik. TAHNIAH sekali lagi..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
7 ulasan:
Write comments
  1. salam wak.
    kekuatan dan kemenangan pasukan satu hal. Yang lebih menarik ialah kehebatan perpaduan penyokong. Benar2 mencerminkan semangat 1 Malaysia. Agaknya inilah yg ditakutkan oleh kerajaan pakatan selangor, kan?

    BalasPadam
  2. Salam Sahabat Aisanda

    Memang betul apa yg diperkatakan tu. Semangat 1Malasia seperti inilah yang amat ditakuti oleh Puak2 pembangkang. Apabila melihat rakyat Malaysia mampu bersatu atas semangat 1Malaysia walau hanya dalam perlawanan bola sahaja. Itu belum lagi menyentuh isu-isu mempertahankan kedualatan dan ke amanan negara dari dikucar-kacirkan oleh ketua dajjal PR..Anwar Ibarihm

    BalasPadam
  3. Malaysia boleh!!!Sebelah kaki dah jejak..tapi tak boleh nak hepi lebih2 lagi^_^

    BalasPadam
  4. Salam Wak..
    Ini pendapat saya yg tinggal di selatan tanah air yg dpt mengikuti siaran TV seberang.
    Sy fikir team lawan kita tadi terlalu over confident kerana dalam seminggu kebelakangan mereka dijulang bagaikan pahlawan gemilang.
    Siang malam pgi petang liputan untuk mereka di TV mengalahkan selebriti ternama lebih2 lg mereka bergaya menjalani perlawanan tanpa kekalahan sehingga ke babak semi final.
    Sebelum mereka menuju ke negara kita dalam hati kecil saya terfikir apakah mereka bakal tenggelam dengan segala puji dan puja dari kalangan masyarakat penyokong mereka.
    Malam ini tadi ternyata apa yang saya sangkakan menjadi kenyataan.Mereka bermain di bawah form sebenar.Kesian Gonzales hanya ada dua atau tiga kali menyentuh bola.Dan mereka terus kematu dengan jaringan awal team kita.
    Sekarang tengah heboh gangguan laser penyebab kekalahan mereka.Dan mereka bersumpah untuk membalas kekalahan ini.

    Pengajaran kepada semua dalam pasukan kita dan kita semua supaya JANGAN terlalu memuji sebelum pertandingan benar2 selesai di Gelora Bung Karno Rabu nanti.
    Apa yang penting semua pemain fokus pada last game dan mainlah seberapa relax dan santai seperti malam tadi.
    Kita doakan kejayaan mereka.
    Tunggu mereka pulang dari Jakarta untuk membuat ulasan panjang.

    Wasalam.

    BalasPadam
  5. Malaysia menang kerana laser? Itulah yang dimainkan oleh penyokong Indonesia. Kita main secara berpasukan.

    BalasPadam
  6. 3 0 wak 3 0 hahaha! Nanti kat Indo kita menang lagi 2 1

    BalasPadam
  7. Tahniah! tapi perjuangan belum berakhir.. (knp la formatnye mesti 2x main?)

    # biase laa, menang dipuji. ace kalah...:)

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.